Thursday, April 22, 2010

PAS terus bantu golongan miskin

CIMG3768.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 22 April : Walaupun masih diperingkat penaja, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang untuk melaksanakan aktiviti kebajikan kepada masyarakat setempat.

Pengerusinya Ahmad Bahtiar Arshad berkata, PAS Pusat telah meluluskan penubuhan Penaja PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang dan hanya menunggu kelulusan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

“ Sempena dengan majlis aqiqah cucu saya pada hari ini, kami mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada enam orang penerima yang layak” katanya

Bahtair berkata majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad.

“ Saya harap sumbangan ini dapat membantu masyarakat setempat yang hidup susah di Kuala Bagan Tiang" katanya

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata aktiviti kebajikan PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang amat baik dalam usaha PAS mendekati golongan miskin.

“ Program ini harus dicontohi PAS Cawangan lain supaya orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim tidak diabaikan.

“ Walaupun PAS tidak memerintah, program kebajikan tetap diteruskan untuk membantu rakyat “ katanya

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar Redhuan Maharani dan Husin Awang.

No comments: