Tuesday, April 13, 2010

Pemuda diminta contohi pejuang terdahulu

DSCF7002.jpg picture by paspb


PARIT BUNTAR,10 April : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Kali ke 24 berjalan dengan jayanya. Majlis Perasmian bermula jam 9.30 malam dihadiri perwakilan dan pemerhati pemuda sekitar 150 orang yang memenuhi kerusi Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong


Perasmian mesyuarat agung berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Ust. Akmal Kamaruddin.


Ust. Akmal dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa dalam perjuangan Islam melalui wadah parti PAS telah banyak membuat lakaran sejarah yang baik sejak setengah abad yang lalu. Sehingga kini, perkembangan yang sangat positif dapat dilihat.


“ Perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS pula diwarisi dari pejuang tanah air seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong .


“ Ini dibuktikan apabila Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong telah mengangkat bendera kerajaan Islam Turki Uthmaniah semasa mengerakkan kebangkitan umat Islam di Terengganu menentang British” katanya

Ust. Akmal berharap pemuda PAS mencontohi perjuangan pemimpin PAS yang lalu seperti Dr. Burhanudin Helmi dan Ust. Zulkifli Muhammad.

“ Pemuda PAS mesti sanggup berkorban demi menegakkan perjuangan Islam. Jangan hiraukan tohmahan dan kritikan yang dilakukan oleh musuh di dalam atau luar jamaah.


“ Pemuda PAS perlu terus bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus berani menghadapi resiko dalam perjuangan” katanya

Beliau juga mengingatkan supaya semua jentera pemuda memperkemaskan perancangan, agenda dan organisasi.


“ Saya memuji Pemuda PAS Parit Buntar yang mengumpul perwakilan pemuda Cawangan untuk hadir ke mesyuarat agung ini.


“ Saya berharap perwakilan pemuda cawangan dapat memperkemas dan memantapkan organisasi Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan supaya terus aktif bergerak dalam masyarakat” katanya

Sementara itu Setiausaha Pemuda PAS Parit Buntar Nasharuddin Rashidi berkata, majlis perasmian juga diserikan dengan perbarisan dari anggota Unit Amal dan persembahan multimedia yang memaparkan aktiviti Dewan Pemuda PAS Parit Buntar.


Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain Desa dan Naib Yang Dipertua Ahmad Azhar Haji Sharin.



Sekitar Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar


DSCF7003.jpg picture by paspb


DSCF7004.jpg picture by paspb


DSCF7006.jpg picture by paspb


DSCF6999.jpg picture by paspb


DSCF6998.jpg picture by paspb


DSCF7008.jpg picture by paspb


No comments: