Friday, May 21, 2010

1,000 bantah lesen judi bolasepak


IPOH, 21 Mei : Tindakan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia ternyata menimbulkan kemarahan rakyat khususnya umat Islam di negara ini, tidak terkecuali masyarakat dan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Kerajaan BN jelas mengenepikan sensativiti masyarakat Islam di negara ini termasuk masyarakat bukan Islam yang turut membantah lesen judi tersebut. Hanya Umno sahaja yang membisu walaupun parti itu memdabik dada berjuang mempertahankan Islam.

Atas rasa kebencian kepada kegiatan judi rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dihadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan NGO bukan Islam.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat ,Dr Lee Boon Chye, Ketua Angkatan Muda PKR Perak yang juga ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Perak, Suhaimi Latip.

Rata rata mereeka yang berpidato mengutuk tindakan meluluskan lesen judi bolasepak termasuk pimpinan PKR yang bukan beragama Islam.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Namun begitu pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.

Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa pihak Polis menyuraikan semua yang hadir.

Walaubagaimana pun tidak ada tangkapan dibuat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.

Menurut Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, pihak ada menghubungi Wakil Gagasan Melayu Perak dan melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan.JJAnak Desa



No comments: