Wednesday, May 12, 2010

35 penduduk miskin terima sumbangan

Imej042.jpg picture by paspb
PARIT BUNTAR , 13 Mei : Seramai 35 penduduk miskin yang terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan infaq wajib dalam satu majlis di PASTI Parit Abas, Kuala Kurau.

Bendahari Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, sumbangan infaq wajib ini lahir dari sifat keprihatinan dan kepekaan bertujuan meringankan beban golongan yang miskin.

“ PAS Parit Buntar diberi kepercayaan untuk mengagihkan infaq wajib ini kepada golongan miskin di kawasan ini.

“ Usaha murni individu yang memberi infaq ini amat dialu-alukan kerana PAS sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat yang memerlukan” katanya

Bahrain berkata, sebanyak RM 200.00 diberikan kepada setiap penerima untuk menampung keperluan bagi meringankan beban seharian

“ Penerima yang dipilih dari beberapa cawangan PAS dalam DUN Kuala Kurau. Mereka paling layak menerima sumbangan ini.

“ Saya berharap agar sumbangan ini dapat diteruskan demi kebaikan masyarakat dan penduduk di kawasan ini. PAS Parit Buntar akan terus mengambil langkah proaktif dalam membantu masyarakat setempat” katanya

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan berkenaan ialah AJK PAS Parit Buntar Ibrahim Haji Dahalan, Timbalan Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Ustazah Azizah Haji Awang dan Ketua Penerangan Kuala Kurau Muslimat PAS Parit Buntar Norijan Omar

No comments: