Thursday, May 6, 2010

Jelaskan kerugian Pos Malaysia RM 227 juta










SHAH ALAM, 6 Mei : Ali Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Kementerian Kewangan supaya menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta bagi tempoh tiga tahun ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein Selasa lalu menafikan kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan media tetapi sebaliknya mendakwa kerugian adalah sebanyak RM227 juta.

"Jumlah kerugian samada RM546 juta atau RM227 bukan isu pokok. Isunya ialah apa sebab kerugian dan mengapa boleh berlaku kerugian melibatkan jutaan ringgit saham milik awam.

"Kerugian ini mencerminkan kegagalan dasar penswastaan dan memberi kesan buruk kepada kerajaan. Mangsanya adalah kepada pekerja Pos Malaysia sendiri. Ini akan memberi kesan dan risiko yang terpaksa ditanggung pekerja samada mereka diikat secara kontrak atau diberhentikan. Ini semua menunjukkan kegagalan kerajaan menguruskan pelaburan dengan baik," ujar Abdullah Sani.

No comments: