Tuesday, July 6, 2010

Muslimat ziarah tanda simpati


PARIT BUNTAR, 6 Julai : Penderitaan seorang ibu tunggal Salmah bt Ahmad, 46 yang lumpuh sejak satu setengah tahun mendapat perhatian Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, sebagai tanda simpati dan kemanusiaan Dewan Muslimat menziarahi ibu tunggal yang tinggal di Parit Tok Ngah ini.

"Puan Salmah merupakan seorang balu yang kematian suami pada bulan Februari lepas dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

" Beliau mengalami strok sehingga tidak boleh bercakap. Semua urusan makan dan minum serta urusan pengurusan diri diurus oleh tiga orang anak-anaknya" katanya

Menurut Rahimah, bagi menyara hidup seharian, tiga orang anak-anaknya menyambung perniagaan kecil-kecilan kedai makan ayahnya.


" Semoga Puan Salmah dan anak-anaknya sentiasa tabah menjalani kehidupan" katanya selepas menyampaikan sumbangan dari Dewan Muslimat PAS Parit Buntar kepada Puan Salmah.

Rombongan Dewan Muslimat terdiri enam orang Ahli Jawatankuasa diketuai Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

No comments: