Monday, August 2, 2010

Kursus pengurusan jenazah beri pendedahan

31072010.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 2 Ogos : Selaras dengan hasrat untuk memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan jenazah kepada masyarakat, Lujnah Tarbiyah PAS Parit Buntar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah di Markas Tarbiyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

Kursus yang dihadiri 120 peserta lelaki dan wanita diadakan dengan kerjasama Lujnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Pengarah program Muhammad Yaakob berkata, kursus berkenaan memberi faedah kepada peserta terutama mengenai ilmu menyempurnakan jenazah bermula daripada mandi, kafan dan solat jenazah.

“Ini adalah soal fardu kifayah yang perlu diketahui oleh semua orang. Setidaknya, ia akan menambah ilmu dari segi pengendalian jenazah yang amat berguna suatu hari kelak.

“Jika selama ini kursus seumpama ini hanya dihadiri oleh golongan warga emas, namun pada kali ini sudah ada peserta di kalangan pemuda dan wanita hadir untuk mengikuti kaedah pengurusan jenazah,” katanya.

Muhammad berkata, kursus berkenaan dibahagikan kepada dua slot iaitu ceramah teori pengurusan jenazah dan praktikal memandi dan mengkafankan jenazah.

“ Ceramah teori disampaikan oleh saya sendiri, manakala praktikalnya disampaikan oleh Ustaz Mohd Said Mokhtar seorang tokoh yang berpengalaman menguruskan jenazah.

“ Saya berharap kursus ini bukan sahaja membolehkan peserta memperoleh ilmu dalam pengurusan jenazah tetapi juga dapat dipraktikkan apabila berlaku kematian di tempat masing-masing” katanya

Salah seorang peserta kursus, Ahmad Rohaizat Azizan memuji usaha yang dijalankan Lujnah Tarbiyah PAS Parit Buntar yang beliau anggap amat kena pada masanya untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada generasi muda.

“ Aspek agama termasuk pengurusan jenazah tidak seharusnya diserahkan kepada golongan tua saja malah generasi muda juga perlu mengambil peluang mempelajari ilmu yang amat berguna suatu hari kelak.” katanya

310.jpg picture by paspb

3107.jpg

Peserta mendengar ceramah pengurusan jenazah

31072.jpg

3107201.jpg

Praktikal mengkafan jenazah

310720.jpg

Penerangan memandikan jenazah

No comments: