Sunday, September 5, 2010

PAS tunai tanggungjawab bantu rakyat


PARIT BUNTAR, 6 Sept. : PAS Parit buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri peringkat DUN Titi Serong di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata, program yang diadakan saban tahun ini telah menjadi kewajipan kerana
kebajikan rakyat adalah tanggungjawab PAS dan wakil rakyat Parlimen dan DUN.

"PAS Parit Buntar sentiasa menekankan kebajikan rakyat, ini dibuktikan dengan pelbagai program kebajikan kepada penduduk seperti yang dianjurkan hari ini.

“Sumbangan pada hari berupa barangan keperluan serta wang belanja sempena aidilfitri yang bakal menjelang tiba” katanya

Bahrin berkata, sumbangan ini diserahkan kepada 170 orang terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal melibatkan 27 cawangan di seluruh DUN Titi Serong.

“ PAS Parit Buntar sentiasa mengambil berat kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sumbangan ini akan diteruskan walaupun selepas Ramadhan.

"Kita sentiasa turun terus ke rumah-rumah bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan pertolongan seperti bantuan kebakaran, membaiki rumah serta sumbangan fakir miskin" katanya

Sementara itu, penerima sumbangan Reduan Muhammad terharu dan melahirkan kesyukuran kehadrat Allah atas sumbangan yang diterima.

" Saya bersyukur kepada Allah atas sumbangan ini serta berterima kasih kepada PAS yang sentiasa prihatin kepada kami golongan yang kurang berkemampuan ini" katanya

Majlis penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim, YDP PAS Parit Buntar Harun Hashim, TYDP PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan NYDP PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin.


YB Dr. Mujahid memberi ucapan



Antara penerima sumbangan Aidilfitri


YDP PAS Tn. Hj. Harun menyerahkan wang sumbangan hari raya
kepada penerima


ADUN Titi Serong dan Abdul Bahrain Desa TYDP
PAS Parit buntar menyampaikan sumbangan

YB Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada penerima

No comments: