Friday, October 8, 2010

Empat cawangan baru PAS terima sijil

37961_1639808759441_1363465336_1696775_1930335_n.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 8 Okt. : Setelah hampir dua tahun menunggu kelulusan pendaftaran , akhirnya empat cawangan baru PAS di Parit Buntar menerima sijil pendaftarannya dalam satu majlis yang diadakan di Markas UPU Sungai Megat Aris, Bagan Tiang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, empat cawangan terbabit ialah Kuala Bagan Tiang, Jalan Pantai, Batu 4 ¼ Jalan Sempadan dan Kampung Tok Pulut.

“ Walaupun lewat mendapat kelulusan, ianya tidak mematahkan semangat ahli jawatankuasa penaja cawangan ini untuk menjalankan aktiviti di cawangan masing-masing.

“ Kelulusan pendaftaran ini memberi peluang kepada PAS cawangan berkenaan bergerak sebagai pertubuhan politik berdaftar untuk membetulkan sistem yang rosak oleh Umno/Bn sekarang ini agar kembali kepada keadilan Islam” katanya

Adnan berkata, selain empat cawangan yang baru diluluskan masih terdapat empat lagi cawangan baru yang dalam proses penubuhannya dan sekarang bergerak pada peringkat penaja.

“ Pertambahan cawangan baru ini mampu memperkuatkan jentera pilihanraya PAS Parit Buntar bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

“ Tahniah kepada keempat-empat cawangan baru PAS yang berjaya merealisasikan hasrat PAS Pusat untuk memperbanyakkan cawangan”katanya.

Tambahnya, penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar.

“ Cawangan baru ini memudahkan jentera parti turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas tentang kehendak sebenar pengundi.

“ Jawatankuasa PAS Cawangan yang baru diharap dapat mengerakkan Cawangan untuk menarik seberapa ramai penduduk di tempat masing-masing untuk menyertai PAS” katanya

Majlis penyerahan sijil pendaftaran cawangan ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan ADUN Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

No comments: