Tuesday, October 12, 2010

Jamuan raya sempena penubuhan cawangan

IMG_1769.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 12 Okt. : Walaupun syawal hampir ke penghujungnya, PAS Cawangan Jalan Pantai tidak mahu ketinggalan menganjurkan majlis jamuan hari raya sempena penubuhan PAS Cawangan berkenaan yang baru diluluskan pendaftarannya.

Ketua PAS Cawangan Jalan Pantai Shafie Awang berkata, tidak kurang dari 300 orang penduduk termasuk orang-orang Tionghua dan India di Jalan Pantai dan kawasan sekitar menghadiri majlis jamuan hari raya.

“ Inilah detik permulaan bagi kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim tanpa memikirkan fahaman politik. Dari tinjauan dibuat bukan sahaja ahli PAS yang hadir malahan ahli umno juga turut hadir memeriahkan majlis jamuan hari raya ini.

“ Kehadiran orang ramai pada majlis jamuan raya ini membuktikan bahawa semua kaum masih lagi bersama-sama PAS dan PR. Melayu, Cina dan India duduk makan bersama serta berbual mesra membuktikan keharmonian kaum “ katanya

Shafie berkata, PAS Cawangan Jalan Pantai menyemarakkan semula adat gotong royang dikalangan ahli dan penyokong PAS dengan bergotong royong menyediakan Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Jalan Pantai.

“ Jamuan hari raya yang diadakan sememangnya mendapat sambutan daripada penduduk dan apa yang lebih istimewa, persiapan diadakan secara gotong-royong termasuklah dari segi penyediaan makanan.

“ jamuan hari raya yang mengumpulkan penduduk itu mampu menjadi platform buat penduduk mengeratkan hubungan baik yang sudah sedia terjalin” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang DiPertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa, AJK PAS Kawasan dan pimpinan PAS cawangan-cawangan berhampiran.

Sekitar jamuan raya

IMG_1750.jpg picture by paspb

IMG_1746.jpg picture by paspb

IMG_1767.jpg picture by paspb


No comments: