Thursday, November 18, 2010

Najib kemaruk kuasa, kompenen BN hilang kuasa



























SHAH ALAM ,18 Nov. : 13 parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan pemerintahan ala-diktator sekiranya cadangan pindaan perlembagaan parti itu menyerahkan kuasa mutlak kepada Pengerusi BN untuk menentukan calon pilihanraya diterima pakai.

Usul tersebut ternyata bercanggah dengan semangat kompenen BN yang selama ini menyerahkan kepada parti masing-masing dalam menentukan calon yang akan bertanding bagi mewakili BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ditemubual TV Selangor berkata pindaan perlembagaan yang dicadangkan merupakan contoh tipikal kuasa ideologi kumpulan dominan yang cenderung menggunakan kuasa veto justeru menidakkan suara demokrasi.

Tambah beliau, usul ini merupakan simptom awal pergolakan besar parti induk itu bersama komponennya seraya memperlihat keistimewaan dicabuli oleh Umno.

"Kalau pindaan ini berlaku, maka Pengerusi BN mempunyai kuasa muktamad, apa sahaja pandangan dari parti (komponen) tersebut tidak akan diambil kira dan ini akan memberi kesan besar kepada parti-parti komponen selain menyatakan apa guna berada dalam parti BN kalau tidak boleh menentukan siapa calon pilihan mereka," jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor. 05:37 - 05:55

Memetik laporan Malaysiakini, BN bercadang meminda perlembagaan parti itu agar kuasa penentu calon-calon terletak pada Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihanraya umum yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Cadangan tersebut mendapat tentangan pemimpin-pemimpin parti komponen termasuk Datuk Seri Samy Vellu namun Umno berpendirian parti komponen seperti MIC tidak mempunyai kuasa kebangkitan tanpa Umno.

Terdahulu, pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan calon pilihan MIC, Datuk G. Palanivel digugurkan untuk digantikan dengan P Kamalanathan yang menjadi pilihan Umno.

Shamsul menambah, cadangan tersebut akan memberi tamparan hebat kepada parti-parti komponen BN seolah-olah padangan mereka tiada berkepentingan.

"Ini memperkukuhkan keyakinan kita bahawa pemerintahan Datuk Najib akan menyebabkan berlakunya tindakan politik yang lebih drastik dan ini tentunya memberi kesan besar bukan sahaja kepada Barisan Nasional tetapi juga kepada pemerintahan negara," tegas beliau.

BN akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Sabtu ini bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvensyen BN yang akan berlangsung 28 November depan dijangka akan membincangkan peraturan baru untuk gabungan komponen itu.

Antara rangka pindaan yang dicadangkan termasuklah kemungkinan membenarkan keanggotaan secara langsung dan kemasukan ahli-ahli baru melalui majoriti undian mudah.

Konvensyen BN kali ini akan diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang

No comments: