Wednesday, December 29, 2010

ANAK ajak peneroka tolak perasuah

ANAK Kumpul Tandatangan Bantah Isa Pengerusi FELDA


KUALA LUMPUR 29 Dis. : Tidak setuju dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru FELDA, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan bergerak ke seluruh negara bagi memungut tandatangan seluruh warga Felda sebagai tanda bantahan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya, Mazlan Aliman kempen mengutip tandatangan itu bermula 1 Januari depan.

Menurutnya tandatangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru FELDA.

"Perdana menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. Katakan tidak kepada Isa Samad!" tambahnya.

Sehingga kin Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menerima puluhan SMS dan panggilan telefon membantah perlantikan Isa dan mendesak supaya sesuatu dilakukan.

"Justeru menjaga kepentingan warga FELDA, saya mewakili warga FELDA mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi.

Katanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui FELDA yang merupakan sebuah GLC terpenting milik orang Melayu.

Isa pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004. Disabit kesalahan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun.

"Kenapa tidak dilantik di kalangan mereka, yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas pengerusi Felda dulu," tambahnya.

No comments: