Saturday, December 4, 2010

Ganeson pengecut, suka balas dendam


IPOH, 5 Dis. : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R Ganesan disifatkan sebagai penakut dan mahu membalas dendam terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar kerana enggan membenarkan bekas Speaker itu berbahas dalam persidangan kali ini.

Sivakumar berkata, sebanyak 18 kali beliau bangun pada hari perbahasan kedua Bajet 2011, kelmarin sebaliknya Speaker hanya membenarkan ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) yang sudah berkali-kali bangun untuk berbahas.


Menurutnya, tindakan berkenaan adalah sesuatu yang tidak adil bukan sahaja dalam kalangan ADUN Pakatan Rakyat (PR) tetapi ADUN BN yang tidak mempunyai peluang.


“Dia (Ganesan) takut dan mahu membalas dendam kepada saya. Sebab itulah dia enggan memberikan saya peluang untuk berbahas.


“Kita minta supaya sidang DUN ditambah lagi masa supaya banyak lagi perkara penting yang boleh dibahaskan,” katanya dalam sidang media yang dilakukan semasa penggulungan Bajet 2011, semalam.


Beliau berkata, masa rehat selama 45 minit pada sesi perbahasan pada hari kedua, kelmarin sepatut tidak dibuat kerana DUN mempunyai Timbalan Speaker, Datuk Hee Yit Fong.


Beliau berkata, tempoh rehat itu boleh memberi laluan kepada sekurang-kurangnya tiga ADUN untuk membahaskan bajet berkenaan.


ADUN Canning, Wong Kah Woh yang turut sama dalam sidang media itu berkata, beliau sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan berat sebelah oleh Ganesan.


Beliau yang bangun sebanyak 17 kali tidak berpeluang untuk menyuarakan permasalahan yang berlaku di kawasan beliau.


Katanya, masa yang diberikan untuk berbahas tidak mencukupi dan perlu dilanjutkan untuk memberi peluang kepada ADUN yang belum membahaskannya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: