Thursday, September 2, 2010

Ahli Parlimen prihatin masalah nelayan


PARIT BUNTAR , 2 Sept. :
Bagi menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan perlesenan dan persempadanan laut, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengadakan sesi dialog antara Jabatan Perikanan, Maritim dan Persatuan Nelayan, kelmarin.


Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, masalah perlesenan, pencerobohan sempadan laut antara Perak dan Pulau Pinang sering diutarakan termasuk isu pukat Apollo.


Menurutnya, persoalan yang dikemukakan nelayan adalah lesen yang lewat diproses, masalah nelayan sampan yang ditahan kerana pencerobohan perairan negeri lain, prosedur tindakan bot yang ditahan akibat beberapa kesalahan dan tindakan undang-undang yang tidak telus.

“Seramai 70 nelayan berkumpul pada sesi dialog ini untuk mendengar taklimat dan persoalan yang sering menjadi masalah mereka.

“Semua persoalan dijawab oleh pihak Jabatan Perikanan Kerian, Maritim Pulau Pinang, Maritim Kuala Kurau serta Persatuan Nelayan Kerian,” katanya selepas sesi dialog diadakan di Bangunan Pelantar Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Harun Hashim.

Mujahid berkata, bagi masalah sempadan perairan Perak dan Pulau Pinang, Persatuan Nelayan Kerian serta Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan dan Jabatan Perikanan Seberang Perai Selatan.

Seorang dari nelayan iaitu Adnan Said, dialog sebegini memang belum pernah diadakan di kawasan ini. Kami para nelayan khususnya di kawasan Kuala Bagan Tiang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Ahli Parlimen Parit Buntar yang mengambil inisiatif untuk memberi ruang kepada kami berdialog dengan pihak kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Maritim.

No comments: