Wednesday, January 12, 2011

Apa cerita hubungan Hasan Ali dengan Khusrin

PAS Selangor makin mesra dengan Khusrin


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Mohammed Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohammed Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Kenyataan Hassan Ali ini bercanggah dengan kenyataan Presiden mengenai isu yang sama.Kenyataan Hassan Ali ini telah mengeruhkan situasi dalam isu Khusrin ni.Bukan sahaja kenyataannya bercanggah dengan kenyataan Presaiden tetapi bertentangan juga kenyataan MB Selangor,Tan Seri Khalid Ibrahin.Nampak sangat Hassan Ali "peminat"UMNO.Kita mau lihat apa tindakan PAS Pusat kepada Hassan Ali.

al-brangi Online said...

salam,

jawapannya di blog Roslan SMS:
http://n32.blogspot.com

Malaysiakini seangkatan Utusan Malaysia?

Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:

Selangor PAS now warms to Khusrin (PAS Selangor kini menerima Khusrin)

Saya hadir dalam sidang akhbar tersebut dari awal ke akhir malah memiliki rakaman audio sebahagian besar rakaman sidang akhbar itu. Tidak pernah sepanjang sidang berkenaan Dato Dr Hasan atau mana-mana pimpinan PAS Selangor yang hadir menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Dato Hasan secara terbuka menyatakan bahawa beliau sepanjang menjadi EXCO Agama dan ketika Khusrin menjadi Pengarah JAIS memang mempunyai banyak perbezaan khasnya dalam hal pendekatan dengan Khusrin. Khusrin kata Dato Hasan sekadar melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir dan kerana itu banyak bercanggah pandangan dengan beliau.

Kalau dibaca satu persatu laporan yang disediakan oleh Hazlan Zakaria dari Malaysiakini itu tidak nampak pun mana-mana baris secara spesifik Dato Hasan atau PAS Selangor menyatakan yang Khusrin diterima malangnya ia memilih tajuk di atas sebagai modal laporannya dan ternyuata ia suatu fitnah yang amat berbahaya.

Sangka saya cuma media arus perdana yang dikuasai Umno dan BN sahaja punya kualiti penulisan tahap tidak bermoral seperti itu rupa-rupanya media alternatif juga ada yang tidak terkecuali.

Akibatnya satu demi satu ruangan komentar di bawah artikel itu menyerang dan memukul Dato Hasan dan PAS Selangor sedangkan hakikatnya tidak ada pun kenyataan sebegitu yang dibuat.

Tahniah Malaysiakini kerana anda kini sudah seangkatan dengan Utusan Malaysia!

Pak Oncu said...

Asan Ali dan Kurusrin samo samo jawo hahahahhahahaah !!!!!!!!!