Thursday, January 27, 2011

MCA tolak Islam tak pelik, Umno tolak Islam itu pelik

Umno Tolak Islam, Soi Lek Takutkan Bukan Islam, Nik Aziz Kecewa


Labis 27 Jan. : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan rasa dukacita dengan Umno kerana menolak Islam dan gagal memahami konsep Islam walaupun mengaku sebagai parti orang Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Sehingga kini MCA terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Dia tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, ini masalah kalau dia faham mustahil dia tolak Islam. Islam ini menyeluruh dan komprehensif.

"Saya duka cita kerana Umno tolak Islam. Kalau MCA tolak Islam tidak pelik. Sebab dia tidak faham (Islam), kalau MCA mempermainkan Islam tak apa sebab dia tak faham. Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai. Habis rosak komputer itu. Kalau nak bagi mesti bagi pada anak orang kampung yang faham tentang komputer,” beliau berkata demikian ketika melawat Kampung Redong Labis bersama dengan Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman dan suaminya.

Beliau yang mesra dikenali sebagai 'Tok Guru' disambut dengan baik oleh penduduk kampung Redong itu dan menghabiskan masa lebih dua jam sebelum sempat menunaikan solat Zohor bersama penduduk kampung itu di Masjid Redong.

Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Normala untuk membantunya dalam kempen ini.

Dr Chua sebelum ini menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan yang pernah terbabit dalam skandal video lucah itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Menurut Nik Aziz, peluang PAS di Tenang bergantung kepada pilihan pengundi yang perlu bijak memilih yang terbaik dalam hidup mereka.

"Peluang terletak ke atas pengundi. Kalau nak kekal jahiliah atau terima Islam. Tolak Jahiliah ambillah Islam, Itu yang betul di dunia dan akhirat," jelasnya.

No comments: