Tuesday, January 4, 2011

Utusan akhbar rasis, pakar putar belit berita

Saya cabar Utusan siar tulisan saya sepenuhnya – Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei mencabar Utusan Malaysia menyiar penuh kandungan penulisan beliau di dalam blognya, srimuda.blogspot.com kerana didakwa berunsur fitnah.

“Laporan yang Utusan siarkan itu lebih kepada tindakan provokasi kerana telah memutarbelitkan tulisan di dalam blog saya,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Shuhaimi, beliau hanya mempersoalkan tindakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang tidak menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor perlu mendapat nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan laporan polis yang dibuat Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap Shuhaimi yang kononnya bersifat menghina Sultan dan menghasut rakyat.

Mengulas lebih lanjut hasrat Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gaps yang mahu membuat laporan polis setiap hari terhadapnya, Shuhaimi secara sinis berkata beliau tidak hairan jika mereka mahu membuat seribu laporan polis sekalipun.

“Saya percaya tindakan mereka itu tidak lebih daripada usaha untuk menjadi popular dan mencari nama,” kata Shuhaimi.

Shuhaimi juga percaya Perkasa dan Gaps sebenarnya tidak membaca tulisan beliau apabila membuat laporan polis tersebut dan ia dibuat tidak berlandaskan fikiran atau tindakan yang cerdik.

(Di sini adalah pautan kepada tulisan Shuhaimi di blognya)

No comments: