Wednesday, February 23, 2011

Hafiz Nordin balun PAS, harap Ust. Nasharudin Tantawi tolong jawab

‘PAS double standard’

http://media1.malaysiakini.com/230/ddcec10ad4d3c7f34d8115ee843b1b83.jpgTidak boleh berbincang dengan UMNO tetapi boleh bersekutu dengan DAP dan PKR yang tolak hukum hudud

Mohamed Hafiz Nordin, satu nama yang tidak boleh dilupakan apabila begitu lantang bersuara ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, terutama pada era pemerintahan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Apa sahaja tidak betul akan ditegur sehingga timbul tanggapan Pemuda Pas tidak sehaluan dengan kepimpinan Pas negeri apabila sesetengah isu melibatkan Kerajaan Negeri disokong kepimpinan negeri.


Lebih mengejutkan apabila pada Muktamar Pemuda Pas Pulau Pinang di Balik Pulau pada 2009, Mohamed Hafiz tidak mahu dicalonkan semula sebagai ketua sebaliknya memberi laluan kepada muka baru menerajui kepimpinan.

Walaupun masih layak dari segi had umur untuk memimpin, tindakannya itu dianggap sebagai protes dengan apa yang dilakukan kepimpinan Pas negeri dan seolah-olah menunjukkan sikap merajuk kerana usahanya tidak pernah dibela oleh sesiapa pun dalam Pas.


Namun ketika ditemui, Mohamed Hafiz menafikan tindakannya untuk tidak terus memimpin Pemuda Pas Pulau Pinang disebabkan merajuk. Namun ada sebab lain menyebabkan beliau berbuat demikian dan kupasan penuh dalam sesi temu bualnya dengan Ketua Wartawan Sinar Harian (SH) Utara, Mohd Idros Mohd Ali baru-baru ini.

Ikuti bahagian pertama sesi temu bual ini.

Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara?

HAFIZ: Saya memang orang Penang (loghat negeri) dan dilahirkan di Butterworth dan memang dibesarkan di Pulau Pinang. Ayah orang Balik Pulau dan emak orang Sungai Petani tetapi lebih banyak dok di Penang. Masa kanak-kanak dan sekolah rendah banyak di Butterworth.

Bila masuk sekolah menengah, ada juga belajar di Pondok Pokok Sena, Butterworth, di Kota Bharu (Pondok Pasir Tumboh) dan dapat syahadah di Madrasah Al-Masriyah dan Madrasah An-Nadhoh sebelum menyambung pelajaran agama di Mesir.

Pada masa sekolah menengah, dah tidak banyak ambil akademik, belajar di merata tempat sehingga luar negara. Allah beri keizinan hingga saya sampai ke Madinah untuk belajar, alhamdulillah.


Bagaimana bermula penglibatan dalam Pas?

HAFIZ: Kalau dengan Pas, saya isi borang jadi ahli pada 1984 dan pada 1985 terima sijil keahlian walaupun tengah belajar. Ayah saya apabila anak-anak cukup umur, dia bagi borang dan isi, yuran dia bayar, masa umur 14 tahun dah jadi ahli.

Syarat keahlian Pas mudah iaitu hanya perlu akil baligh. Saya mula bergiat aktif sebagai ahli. Tidak lama kemudian saya memegang ahli jawatankuasa Cawangan dan Pemuda Cawangan Bagan Ajam. Saya menjadi ahli jawatankuasa Cawangan sampai sekarang.


Pada usia 17 tahun, ketika nak ambil syahadah di Madrasah Al- Masriyah, saya diserap masuk bawah Lajnah Penerangan Pas Kawasan Tasek Gelugor, pada masa itu diketuai Allahyarham Hamdan Abdul Rahman (bekas ADUN Permatang Pasir) sebagai Ketua Penerangan. Saya pun mula bergiat aktif di peringkat kawasan setelah diberi mandat.

Apabila keluar negara sambung belajar, saya berehat seketika dalam politik tetapi masih mengikuti perkembangannya dari jauh. Pada 2003 kembali ke tanah air dan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Memegang jawatan di Dewan Pemuda Negeri dan cawangan termasuk Ketua Pemuda Cawangan pada semester akhir. Pada 2007 dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Sebenarnya bermula dari Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Pas Negeri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, akhirnya Timbalan Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda.


Saya bekerja sendiri dan cari duit dengan buka kelas pengajian agama untuk kanak-kanak dan dewasa, kelas bahasa Arab atau lebih berbentuk dakwah. Saya aktif bukan sebagai ketua atau orang atasan tetapi buat kerja bermula di peringkat bawah.

Balik dari luar negara, pembabitan saya mula menonjol dengan memegang Ketua Pemuda Cawangan yang sering berada atas pentas, menjadi Timbalan Ketua Pemuda selama empat tahun dan Ketua Pemuda dua tahun.


Kenapa tiba-tiba mengundurkan diri ketika berada di puncak pentas politik?

HAFIZ: Kalau nak kira umur memang dah masuk 40 tahun tetapi mengikut perlembagaan Pas masih boleh pegang jawatan. Lagi lima bulan baru cukup 40 tahun. Mungkin sekarang dah sampai masa untuk saya berterus terang.

Ramai dok tanya termasuk Ketua Pemuda Pas Pusat ketika itu, YB Salahuddin Ayub. Dia tanya dah fikir habis-habis dan betul nak berundur. Saya kata cukuplah dua tahun pegang jawatan dan nak beri laluan kepada orang muda. Saya rasa bukan kepimpinan saya tidak diperlukan di Pulau Pinang tetapi tidak boleh ikut rentak perjuangan Pas Pusat sendiri.

Sebab banyak perkara Pas Pusat buat yang bercanggah dengan tarbiah Pas itu sendiri, bukan saya ukur dengan nafsu dan naluri saya tetapi ukur dengan ilmu dan tarbiah saya dapat pada hari pertama masuk Pas dan hari terakhir sebagai Ketua Pemuda negeri.


Apa maksud saudara?

HAFIZ: Ramai kawan dan sahabat yang baru sertai Pas dan mereka berada pada era Pas sedang menang iaitu sekitar 1990-an apabila ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan ledakan akibat pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan menteri Kabinet.

Orang baru mungkin dan memang tidak faham atau dapat tarbiah seperti masa saya dapat pada 1980-an yang ditekankan dengan batas iman dan kufur serta akidah perjuangan.

Tidak seperti hari ini masuk Pas tetapi tak tahu akidah perjuangan, cuma nampak sebuah parti alternatif kepada UMNO. Mereka dedah kezaliman UMNO, orang tidak suka kepada UMNO dan nampak Pas sebagai ganti tempat UMNO.

Sedangkan dalam Pas, pimpinan parti selalu berucap atas pentas atau dalam mesyuarat bahawa Pas bukan semata-mata parti politik tetapi gerakan Islam dan dakwah.


Timbul persoalan apabila saya jadi Timbalan Ketua Pemuda negeri, saya suarakan perkara dakwah di peringkat muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Mengenai dakwah itu sendiri dalam muktamar, kita nampak berkecamuk, fikrah yang berkecamuk sebenarnya.

Dalam Pas belum nampak satu Lajnah atau jabatan dakwah yang begitu fokus kepada bukan Islam dan islah sesama orang Islam seperti mat rempit dan sebagainya.

Kalau ada pun Pas cuma cuba-cuba buat ikut aktiviti. Sebagai contoh, Pemuda Pas Pusat pernah dekati artis, Sinar (Harian) belum wujud di Pulau Pinang dan Utara. Mereka main bola sepak tetapi tidak berterusan hanya sekadar memenuhi syarat. Cuma nak bagi tahu kami dah buat program ini.


Setiap teguran yang kami buat pada peringkat Pemuda Pas Pusat, bila pimpinan Pas Pusat jawab, negeri akan kena balik. Malah saya agak ralat masa itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Haji Hadi Awang datang untuk rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat bersidang, beri semangat Pemuda mesti berani dan bersemangat.

Tetapi bila Pulau Pinang cuba nak ambil pendekatan atau kata-kata Tuan Guru Hadi iaitu ambil keberanian untuk menegur, mungkin dari sudut bahasa kasar dan yang patut kena tegur pemimpin. Saya amat kesal selepas benda itu meletup, pimpinan Pusat akan kata itu pandangan peribadi.


Ini bukan soal peribadi tetapi soal muktamar. Kalau orang faham itu muktamar, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu wakil dan pandangan Pemuda Pulau Pinang.

Sampai tahap tak boleh lupa bila Hadi kata Pemuda Pas macam beruang, sayang pada tuan dia dan tampar nyamuk sampai koyak muka tuan dia. Juga Tuan Guru Hadi ada sebut Pemuda macam buih Coca-Cola. Tarbiah datang dari Pusat supaya Pemuda berani untuk menegur. Tetapi apabila teguran dilontar, seakan tidak boleh terima pula.


Adakah ini bermakna Pas sudah menyimpang daripada asas perjuangannya?

HAFIZ: Saya tidak mahu kata begitu. Tetapi cuma saya tengok dari awal hingga 1980-an dan sampai akhir pegang jawatan, pimpinan Pusat di mana-mana ceramah dan program dalaman parti sering menyebut bagaimana Saidina Omar Al-Khattab ditegur dengan pedang.

Kami tak pernah bawa pedang dalam muktamar. Jadi kita tak sampai tegur secara biadab tapi cuma lantang, tegas dan berterus terang. Sesuai dengan Pas yang selalu minta kepada musuh-musuhnya agar telus dan terus telus.

Dan itu ketelusan yang cuba kita bawa peringkat negeri kepada Pemuda Pas Pusat. Pemuda Pas Pulau Pinang selalunya kami bertembung, pandangan kami ditolak, dalam muktamar cakap kami disekat.


Benda itu semua saya dok perhati dan sampai sekarang apabila Pas mula berkawan dengan parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Di sini saya nampak Pas ada sikap double standard. Ini memang kena tulis.

Tolong tulis. Pas memang ada double standard. Sebab dengan UMNO, Pas tolak bermati-matian sampai hari ini. Baru nak duduk bincang meja bulat, Pas dah beri syarat UMNO kena tukar dasar. OK, itu saya setuju dan saya terima kerana dasar UMNO bukan Islam.

Dan kerana itulah saya berada dalam Pas sejak 1980-an dahulu kerana UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam. Tetapi kenapa Pas bertegas dengan UMNO sampai hari ini macam satu kemestian kalau UMNO nak bincang kena tukar dasar.


Tetapi kenapa dengan dua parti yang hari ini jadi anggota Pakatan Rakyat (PR) terang-terang, yang terkini contoh hudud, wayang gambar berulang apabila Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) melontarkan cadangan untuk melaksanakan hudud, sekali lagi Karpal Singh menentangnya.

Dulu kata “over my dead body”. Sekarang ni dia tunjuk sekali lagi sikap sebagai seorang ahli politik DAP yang menentang hudud dilaksanakan. Kemudian (Lim) Kit Siang pun memang sokong Karpal Singh dan tidak setuju dari dulu lagi sampai sekarang begitu juga anaknya Guan Eng.


Memang tiada tertulis apa-apa iaitu dalam PR ini apabila setelah ditakdirkan mereka mengambil alih Malaysia akan laksana hudud atau undang-undang Islam, memang tiada.

Malah saya lebih kesal lagi dan kena tegur Pas Pusat, sampai hari ini kenapa satu pakatan yang sangat longgar diteruskan melebihi 10 tahun dan tidak bertulis apa-apa. Tiada satu perjanjian yang jelas yang dibuat.

Kalau kita pertikai dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu pada Islam, kita tak mahu duduk semeja, berunding dan tidak akan bekerjasama. Kenapa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dasar mereka tidak Islam dan tidak boleh tolak ansur dalam pelaksanaan hudud, Pas terima.


Saya ada fakta (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail tolak hudud melalui keratan akhbar. Anwar Ibrahim pun tidak jelas pendiriannya. Tetapi bagi saya tak jelas pun tak apa, dia bukan ahli PKR hanya penasihat.

Saya tak pandang pada Anwar tetapi pada Presiden PKR. Pemimpin DAP pun tolak hudud, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pun tak setuju. Dia marah apabila kita bangkit soal hudud. Saya masih ingat ketika muktamar Pas negeri,

kita jemput Ustaz Azman Shapawi kalau tak silap saya, pada ceramah sebelah malam itu, Azman sebut kalau PR menang, kita akan laksana hudud. Hari ini keluar surat khabar, esok Guan Eng jawab terus. Tak setuju dan tidak ada dalam perbincangan PR.SH

9 comments:

nikman said...

Assalamualaikum, kalau dah teringin sangat dengan UMNO masuk je lah , buat progrem besar2 panggil semua pemberita, jangan lupa utusan meloya jemput sama boleh duk muka depan,baru boleh jadi popular semua orang akan serah borang kepada BINI ROSMAH tentu dapat hebahan meluas, silap-silap dapat jadi senator lagi macam raja sesumpah, Semuga saudara berjaya dalam perjuangan bersama UMNO.

Anonymous said...

Kesiannya bro Hafiz Nordin...

Main politik dengan berpolitik agak-agaknya sama atau berlainan maksud..?

PAS dengan UMNO sudah ada sejarah hitam iaitu UMNO pernah terajang PAS keluar dari Barisan Nasional sedangkan sebelum itu UMNO sendiri yang datang memujuk supaya bergabong dengan UMNO dalam BN..?

Persoalannya kenapa UMNO terajang PAS keluar dari Barisan Nasional, ceritalah secara jelas supaya orang semua tahu dan sokong apa yang anda perkatakan... "Tidak boleh berbincang dengan UMNO tetapi boleh bersekutu dengan DAP dan PKR yang tolak hukum hudud ..?"

Apa masaalah PAS dengan DAP. Apa pulak hebatnya UMNO dengan MCA...?

Dah nak mampus.... gila talak pulak.. kesiannya diaaaa!

garagaikareng said...

Aku tabik spring la kat hg pis, satu kenyataan yg cukup bengap, Umno, ahlinya melayu mengaku islam, pandai baca quran lagi, tapi masih was-was dgn quran, apakah masih belum sampai seruan pada depa? DAP cina toktok, tak pandai baca quran, kerana inilah kita berkawan, nak bagi depa paham tentang islam, kalau kita tak rapat dgn depa, mcm mana nak bagi depa paham, tentu seruan tak sampai kat depa, kalau esok diakhirat depa tuntut kat kita, pasai apa tak cerita tentang islam semasa didunia, apa mcm? boleh kita msk syurga Allah dgn mudah? sebab itu tidak sama cara dakwah dgn org sudah mengaku islam dgn belum islam. fikirkanlah.

Anonymous said...

SAH HAFIZ NI JENIS MELAYU BERJIWA HAMBA = EZAM LOKMAN ADAM ROSLAN KASIM.... HANG INGAT UMNOAPCO HENDAK SGT KAN USTAZ2 NI.. CTH FIRDAUZ (MANTAN IMAN MASJID NEGARA) YG TENDANG PETI UNDI.. MANA PIE LA NI?
HANYA TUKANG BACA DOA KALAU PM & TPM NAK KELUAR NEGARA... KALAU HANG NAK JADI CAMTU.. ISI BORANG UMNOAPCO BUAT MAJLIS SIKIT HANTAQ BORANG KAT PM NAJIB 1 MALAYA..... LEPAS TU HANG SENDIRI BERDOA.....!

Anonymous said...

SAH HAFIZ NI JENIS MELAYU BERJIWA HAMBA = EZAM LOKMAN ADAM ROSLAN KASIM.... HANG INGAT UMNOAPCO HENDAK SGT KAN USTAZ2 NI.. CTH FIRDAUZ (MANTAN IMAN MASJID NEGARA) YG TENDANG PETI UNDI.. MANA PIE LA NI?
HANYA TUKANG BACA DOA KALAU PM & TPM NAK KELUAR NEGARA... KALAU HANG NAK JADI CAMTU.. ISI BORANG UMNOAPCO BUAT MAJLIS SIKIT HANTAQ BORANG KAT PM NAJIB 1 MALAYA..... LEPAS TU HANG SENDIRI BERDOA.....!

Anonymous said...

Hafiz sudah sudah lah... jangan ingat org Penang tak tau perangai hang... nanti org cerita ,satu family nko malu....
Sifat nko sikit habuk tak layak jadi pemimpin... merajuk taknak bertanding konon... kalo bertanding ari tu, sah nko kalah teruk.
Udahlah..jg nanti org kata sialan diri merosakkan keluarga.

Anonymous said...

Wah rupa-rupanya ada anak murid Mat Noor Deris kat Penang ni no... Hujah dia sebijik sama dengan ketua ulama' vateran UMNO.

Anonymous said...

Yang banyak-banyak tempat belajar dalam dan luar negara tu, kat mana hang habis belajar? Kalau setakat celup tu tak kira le.

Anonymous said...

PAS ta bagi habuan,ta bagi kekayaan.kalau ingat perik dan mengeletar susah na hidup cari makan masuk saja umno,Umno banyak boleh dia tolong atas duniani.