Sunday, February 27, 2011

Mahathir terlupa makan ubat nyanyuk ?

Saya tidak minta dilahirkan sebagai Melayu: Nik Aziz

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq6BOsiOXMVdpPw31zWc1MijLYVdYGbkBiNSWJp6LOM_4UluN42NyZZRgOMsWMzlNtorFsV7g_zBz_3qplisnQOVedkXjQF89tARAWPkPbhraf54koy4I8E691Ol4uC7YiGb4mhJKZiyjF/s400/nik+aziz.jpg
KOTA BHARU - Dia orang tua, kita hormat dia, boleh jadi dia terlupa makan ubat hari ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu, melainkan ia ketentuan dari Allah SWT.

Menurutnya, seseorang yang dilahirkan sebagai Melayu sekalipun akan dibalas dengan kemurkaan sekiranya melakukan perkara yang tidak mengikut acuan Islam yang sebenar.

“Saya bercakap betul, bangsa ini ketentuan Allah. Saya tidak minta jadi orang Melayu, Cina dan Arab, tidak ada bangsa di muka dunia ini minta dijadikan bangsa tertentu, hatta Arab sekalipun.

“Cina pun kalau dia Islam, maka dia lebih ke hadapan daripada orang Arab, Orang Asli kalau dia Islam, dia ke depan dari orang Melayu itu asas Islam, jadi bangsa dalam Islam tidak ada nilai langsung kecuali melalui Islam,” katanya ketika ditemui di kediaman rasminya di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Mahathir yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengakui terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki, baru-baru ini.

“Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu,” katanya.SH

No comments: