Thursday, February 24, 2011

Umno Pulau Pinang sokong kenyataan Hafiz Nordin balun PAS

Musa setuju kenyataan Mohamed Hafiz

http://1.bp.blogspot.com/_bs59Kynf1sk/TGgP4fUl0JI/AAAAAAAAAsY/RKoV25BggqI/s400/re_05_1.jpgPERAI – Pas kini dilihat semakin jauh menyimpang daripada landasan perjuangannya dan langsung tidak berani bangkit untuk bersuara membela nasib kaum sendiri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sikap double standard Pas itu lebih menyerlah apabila mereka hanya tunduk dan terlalu mengikut telunjuk DAP.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan itu bukanlah mencerminkan asas perjuangan Pas yang sebenar seperti yang dilakukan pejuang terdahulu, sebaliknya Pas kini sudah jauh tersasar daripada matlamatnya dalam memperjuangkan Islam.

“Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang menyebut bahawa Pas kini mengamalkan double standard. Memang mereka double standard.

“Dulu mereka kata UMNO tidak boleh bersama Gerakan, tetapi kini kenapa mereka boleh pula bersekutu dengan DAP. Di mana yang mereka kata hendak perjuangkan Islam itu? Sedangkan mereka asyik ikut cakap DAP. Tak berani langsung nak bersuara walau sedikit pun. Ketika gerai orang Melayu dirobohkan, di mana mereka?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada 18 peniaga Taman Pelangi yang terjejas selepas gerai mereka dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini semalam.

Musa berkata, UMNO tiada masalah untuk duduk semeja dengan Pas untuk berbincang demi membela nasib orang Melayu.

Menurutnya, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk mereka, asalkan perkara yang akan dibincangkan itu tidak bersifat politik, sebaliknya lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membantu orang Melayu dan Islam.

Ia kerana UMNO tidak mahu lagi hanya berpolitik tetapi mahu bekerja keras untuk membela nasib orang Melayu.

“Saya berharap Pas dapat berubah. Jangan hanya bercakap demi kepentingan politik sahaja, sebaliknya kembali kepada matlamat mereka untuk menegakkan agama Islam. UMNO bila-bila masa sahaja bersedia untuk berbincang. Tapi, kita bincang atas dasar orang Melayu, bukan politik,” katanya.SH

5 comments:

Anonymous said...

Aku nak tunggu Tantawi sokong Hafiz Nordin pulak!

Anonymous said...

tahu tak maana bersekutu...

Anonymous said...

mamat ni melayu ka keling?

Anonymous said...

Ini anak murid Mat Noor Deris ni.

castilo said...

musa hang peduli apa yg penting rakyat sokong pas.. hang pun bukan ketuanan melayu pun ...nasib diterima jadi ahli umnoapco..(parti kuat rasuah).. keturunan hang bawak tongkang tak kan lupa kot.. jenis makan parpu dalca papedum... nasi daun pisang mcm geng2 batu caves jugak agama aje lain... jgn marah nanti kena jual...