Friday, March 18, 2011

Anak pemimpin Umno Perlis dituduh miliki dadah

MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.
Anak Exco kena dakwa miliki dadah

KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Faizal Nazaruddin

2 comments:

mat tempo said...

kah kah kah.........

kantoi lagi puak-puak umngok.......

kah kah kah

Anonymous said...

MESTI BOLEH 'KAUTING' PUNYA. CAYALAH CAKAP GUA.. BAK KATA PROF AZIZ BARI (PENSYARAH KANAN UNDANG2 UIAM) MALAYSIA PUNYA 2 SET UNDANG2. SATU UTK AHLI BN DAN 1 UTK AHLI PR... LU TENGOKLAH 'THE END OF THE CASE' PINJAM KATA TUN M APA NAMA APA NAMA APA NAMA.....