Tuesday, March 8, 2011

Dr Hsu Dar Ren keluar BN

Pemimpin Gerakan keluar parti, salahkan UMNO



KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.

“Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

“Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini),” kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.

“Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

“(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN),” katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

“Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini,” katanya.

Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

“Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri,” katanya lagi.

Ekoran keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

7 comments:

Hamdan Rukun said...

ALHAMDULILLAH. SYUKURLAH DIA KELUAR SEKARANG. SAMADA DIA GEMBIRA ATAU TIDAK, UMNO ADALAH PARTI DOMINAN DALAM BN.

SAMADA DIA SUKA ATAU TIDAK, HAKIKATNYA GERAKAN TAK BANYAK MEMBANTU SETAKAT INI.

Anonymous said...

hidup melayu, hidup luncai

dankuala.com said...

UMNO/BN menganggap setiap individu dalam parti sangat berharga dan amat menghargai mereka walaupun hanya ahli biasa.

Pun begitu UMNO/BN mempunyai keyakinan bahawa tiada individu dalam parti yang begitu berkuasa sehingga ketiadaannya boleh menghancurkan parti.

Bahkan UMNO/BN kadangkala bertambah kukuh bila individu seperti Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim atau Bob Lokman sekalipun bertindak keluar parti.

PAS bagaimana ?

LUNCAI MAS said...

HARAP PARTI KOMPENAN YG TAK SEBULU DGN UMNOAPCO KELUAR BN.. YG CANTIK NYA KELUAR BILA PARLIMEN DIGUBARKAN MCM PBS BUAT PADA TAHUN 80AN DI SABAH DULU.. ITU JAM UMNOAPCO TAHULAH JGN HARAP NAK MENANG DIKWSN DOMINEN CINA.... HYA BOLEH MENANG DI KWSN MELAYU YG BERJIWA HAMBA AJE. HRP HRP SENERIO INI TERJADI MENJELANG PRU13 NANTI... TENTU UMNOAPCO HAPRAK NI TERKUBUR SEMENTARA TUN M MASIH HIDUP...

Anonymous said...

Eloklah dia kuar sebab kita tak memerlukan Parti gerakan dlm BN....malay rules bro....becoze kita majority....we re in command....bukan mcm pas jadi kaldai DAP...lihatlah apa jadi dgn lesen loteri dikelantan baru2 ni...bila DAP sound PAS suruh review tindakan pas ban lesen judi...pas terus nak bawak isu ini ke mesyuarat pakatan n lets pakatan tentukan hukum syariat...apo punya bngong pas

Anonymous said...

umno lebih teruk jadi lembu MCA

LUNCAI MAS said...

BETUL UMNOAPCO TAK MAHU GERAKAN, BAGUSLAH GITU... SEBENARNYA MELAYU UMNOAPCO BUKAN BOLEH HIDUP TANPA BANTUAN MATA SEPIT NI... KONTRAKTOR UMNOAPCO BERGANTUNG KPD HARDWARE CINA, KALAU MATI PUN BELI KAIN KAPAN KAT KEDAI CINA, KAYU KERANDA PUN BELI KAT KEDAI CINA... LESEN MEMBALAK YA KETUANAN MELAYU LULUSKAN.. HAPRAKNYA MELAYU UMNOAPCO...BETUL TAK LUNCAI?