Saturday, March 5, 2011

Pelik tapi benar : Peneroka Felda DUN Triang undi dan menangkan DAP

Prk Kerdau : Contohi Rakyat Triang Jika Mahu Pembangunan

Rakyat di DUN Kerdau sepatutnya bersyukur kerana mereka berhadapan dengan pilihan raya kecil. Sedangkan, rakyat di kawasan lain di Pahang kini senantiasa mengharapkan pilihan raya kecil berlaku di kawasan mereka.

Ini kerena mereka tahu, banyak projek pembangunan dan kebajikan rakyat akan dijaga sepanjang tempoh berkempen. Malah, mereka tahu kemewahan dan wang ringgit akan ditaburkan kepada mereka demi untuk memenangi dan membeli undi mereka.

Ingatlah, undi pembangkang Kerdau maju undi BN Kerdau akan terus ketinggalan. Lihat apa yang berlaku di
DUN Triang yang sudah lima penggal diwakili oleh parti pembangkang,YB Leong Ngah Ngah dari DAP.

Pembangunan dan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat di kawasan Triang lebih terjamin sebenarnya. Malah di Pekan Triang sendiri, banyak projek pembangunan berjaya dijalankan oleh kerajaan.

Ini kerana kawasan itu adalah milik pembangkang. Maknanya, tidak semestinya memilih pembangkang maka rakyat akan dinafikan hak untuk pembangunan.

Jika tidak masakan
YB Leong Ngah Ngah boleh bertahan hingga lima penggal. Malah, beliau juga berjaya menang di beberapa buah kawasan Felda dalam DUN Triang.

Maknanya, jika kena caranya maka rakyat akan tetap mahukan perubahan. Justeru itu, selamat mengundi buat warga Kerdau. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang.

Jika memilih BN maka selagi itulah mereka akan terus dianak tirikan. Undilah calon PAS,
Hasanuddin Salim untuk perubahan besar di DUN Kerdau.
PDO

1 comment:

SENTORIAN said...

CEK SETUJU..... BIASA KWSN PENDALAMAN YG YB NYA DRP UMNOAPCO MESTI KETINGGALAN PEMBANGUNANYA... KALAU KITA GI KT KEPONG, JINJANG, RASAH, BUKIT BINTANG SEMUA KWSN DAP.. PEMBANGUNAN NALA HEBAT... KALAU KWSN YB UMNOAPCO... HANCAI CTH KERDAU MERLIMAU, PAYA JARAS, TG KARANG, BANTING, SG PANJANG. ULU BERNAM, KWSN NI SEMUA UMNOAPCO TOTOK DARAH BIRU.. SBBNYA PEMIMPIN MELAYU UMNOAPCO MENGKHIANAT BANGSA SENDIRI....