Thursday, March 31, 2011

PR Selangor beri tanah kepada rakyat, pemimpin Umno di Perak tak habis-habis sentai tanah rakyat

Bongkar isu seleweng

http://www.facebook.com/profile/pic.php?oid=AQBp8iTZosMrB7zrrvNGC6vT966DuiOYwUuDYSwCuV-RYWVGsyLVHZ0cS3kNhVJsiO8&size=normal&usedef=1IPOH – Satu lagi pendedahan dibuat PKR negeri berkaitan isu penyelewengan 1.2 hektar tanah oleh Kerajaan Negeri yang menjadi milik UMNO Bahagian Gopeng sejak 20 Julai 2010.

Naib Pengerusi PKR, Chang Lih Kang berkata, mereka mendapat dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian berkaitan sebidang tanah seluas 1.2 hektar diberikan kepada UMNO Bahagian Gopeng nombor hakmilik HSD 6527.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah berkenaan kepada UMNO Bahagian Gopeng dianggap satu penyelewengan serius.

“Ini menunjukkan satu lagi kes rasuah dengan menyalahgunakan kuasa untuk menguntungkan kroni,” katanya pada sidang media, di Pejabat PKR Negeri, di sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Gopeng yang juga Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Lee Boon Chye; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai; Setiausaha PKR Negeri, Anuar Zakaria dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri, Tan Kar Hing.

Katanya, PKR mengecam sekeras-kerasnya kerana UMNO tidak ada hak mendapat tanah itu.

“Ribuan petani dan pengusaha tidak mendapat hak masing-masing, sedangkan mereka telah mengusahakannya sejak sekian lama.

“Sikap tamak haloba pemimpin Barisan Nasional (BN) yang merampas khazanah negeri menunjukkan BN telah mereput,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa penyelewengan tanah melibatkan Kerajaan Negeri dikesan dan dibongkar PKR, antaranya penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek iaitu sebanyak 10 lot tanah di kampung tersusun orang kanan dalam UMNO Gopeng.

“Di kawasan yang sama, tanah seluas 20 hektar diberikan kepada sebuah syarikat yang juga dimiliki orang UMNO Gopeng dan Hutan Melintang.

“Penyelewengan tersebut bukan hanya berlaku di kawasan-kawasan kampung tetapi di bandar Ipoh yang gunakan UMNO dan MCA,” katanya.

Beliau berkata, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

“Pihak SPRM perlu menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat.

“Kami turut menggesa jawatan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tanah dibekukan sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah menghantar sebanyak dua laporan kepada pihak SPRM berkaitan kes penyelewengan tanah di Perak sejak setahun yang lalu, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas diterima.

“Kita boleh menghantar semua laporan kes yang ada kepada pihak SPRM, tetapi dua laporan yang dihantar sebelum ini juga masih belum berjaya diselesaikan.

“Bagaimanapun, kami akan memberikan masa untuk badan itu menjalankan siasatan lebih lanjut terhadap kes-kes yang telah dilaporkan sebelum ini,” katanya.SH

3 comments:

Anonymous said...

MEMANG JADI KEBIASAAN UMNOAPCO NI TANAH KERAJAAN SAMA AJE AKAN JADI TANAH MAK/BAPAK MEREKA LAH SESUKA HATI NAK BAGI SIAPA,, BUDAYA INI DAH BELARUTAN SEKIAN LAMA... WAHAI MELAYU ISLAM DLM UMNOAPCO INGATLAH BILA KAMU DAH M..P.S ESOK SEMUA HARTA KAMU DITINGGALKAN DIDUNIA INI... HARTA KAMU TAK MENJAMINKAN KAMU KAYA DIAKHIRAT NANTI. FIKIQLAH SIKIT... APALAGI HARTA HARTA YG DIKUMPUL CARA SALAH..

Hamdan Rukun said...

MACAM DI KELANTANLAH. RAMPAS TANAH RAKYAT, BILA RAKYAT BISING LETAKKAN KESALAHAN KEPADA KESEDAR..

Anonymous said...

luncai masuk menonong tak da bukti fitnah. Itu sahaja dapat luncai komen.

Ini siap dengan bukti la luncai, hang dapat apa dok pertahan pengkianat tanah Melayu. Dapat dosa fitnah free