Thursday, March 3, 2011

Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal gadai 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu

Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

7 comments:

Anonymous said...

ko tak nk cakap pulak puak-puak seban songkok putih yg dibelit-belit kat kepala tu..,,mcm ular..,,buat fitnah sana sini..,,makin hamum org..,,..yg kau nampak puak2 umno ni jahat.

Anonymous said...

aik dah ada umno terasa, sah la umno yang gadi tanah rezab Melayu

Anonymous said...

Anonymous 1, buktikan puak serban atau songkok putih (takde seban songkok)buat fitnah dan makin hamun. Pengkhianat bangsa melayu (umnola) wajar dimaki hamun oleh org melayu.

Anonymous said...

Sudahlah pemimpin UMNO.Cukuplah 53 tahun menipu Melayu dan rakyat Malaysia.Tanah Melayu digadai atas nama pembangunan.Pembangunan apa??? Pembangunan membesarkan TOMBOLOK-TEMBOLOK pemimpin UMNO keparat.Cukuplah.....Dalam PRU ke 13 ini kita tumbangkan pemimpin2 UMNO keparat ini.Selamatkan Melayu dan rakyat Malaysia yang lain daripada di tipu oleh UMNO ni.

NAIK ANGIN said...

PUAK2 UMNOAPCO MEMANG TAK MENGAKU DEPA PENGKHIANAT PD MELAYU.. KG BARU PN DEPA NAK GADAI TU... NAK MASUK 40% PEMILIKAN BUKAN MELAYU.. MANA SUARA PERKASA - WIRA ARMAN - WIRA TAHI KUCING... PATUTLAH PEMIMPIN UMNOAPCO SENANG2 AJE DITIPU LEONG SIK DN KONG CHOY... PRU13 NANTI KITA NYAHKAN UMNOAPCO SELEPAS TU TUNAS2 KITA CANTAS.. TAK BERJAYA KITA JUMPA TOK MOH....

Anonymous said...

susah nk berdebat dengan puak2 PAS yg ditutup hati..,,,semoga hidayah dtg kat korang ye..,,spe lagi pemimpin yg boleh mentadbir negara ini...PAS??..PKR??..DAP??..

KORANG SEPATUTNYA BERSYUKUR APA YG KERAJAAN UMNO/BN BUAT SELAMA INI..,
APA HANG TAK CUKUP MAKAN KE SELAMA UMNO/BN MEMERINTAH SELAMA 53 TAHUN..,,.

korang semua nk ape lagi??..dah duduk aman tak ada perang sana sini korang nk maki hamun..,,yg puak2 pembangkang hanya tahu bangkang je..,,tapi ape yg dibangkang pun tak tahu..,,

sudah2 la Puak2 PAS..,,betulkan perjuangan PAS tu dulu..Adakah PAS tu memperjuangkan Islam selama ini..Lihat sendiri di kelantan.

Anonymous said...

hoi umno ingat baik sangat ka, tolak Islam PAS nak laksana hukum Islam ugut nak buat darurat.

Umno la yg patut dapat hidayah sebab tolak Islam. PAS dah terima Islam hidayah apa lagi.

Anon Umno ni ada mata bukan buta, tapi buta hati