Wednesday, March 2, 2011

Utusan Malaysia bohong lagi

MB Selangor : Pelantikan Canselor Unisel Sudah Dimaklum Terlebih Dahulu Kepada Sultan


SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah sudah dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan pelantikan Canselor baru Universiti Selangor apabila perbincangan tersebut dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Justeru, tuduhan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa Kerajaan Selangor membelakangi Sultan Selangor adalah tuduhan yang tidak berasas.

"Dalam mana-mana perlembagaan organisasi, Unisel juga turut membincangkan perkara ini dan bukan satu perkara rahsia untuk siapa hendak dilantik Canselor dan sebagainya. Saya ingat polemik tentang siapa yang dilantik ini selepas Rosmah sangat banyak, oleh sebab itu saya anggap perkara ini biasa sahaja," katanya.

Tambah Khalid lagi, perbincangan pelantikan Canselor yang baru ini dilakukan sejurus selepas tempoh lantikan Datin Sri Rosmah Mansor tamat iaitu pada 5 Februari lalu.


"Pelantikan ini sudah lama dibincangkan tetapi kita melalui masa dan yang penting di mana apabila Rosmah tamat tempoh pelantikan dan selepas itu dibincangkan mengenai pelantikan Canselor yang baru ini," katanya.

Utusan hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas apabila menuduh kerajaan Negeri Selangor tidak merujuk Sultan Selangor mengenai pengumuman pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang dibuat oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 14 Februari lalu.

Utusan turut mendakwa tindakan Dr Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd. itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kuasa Sultan Selangor dalam soal itu.

Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baru berkuat kuasa mulai 1 Mac 2011 sehingga 29 Februari 2016.

No comments: