Friday, April 1, 2011

ADUN UMNO rasuah didenda RM 20 000 , penjara 3 tahun

Rasuah : Adun BN Lenggeng dipenjara tiga tahun, denda RM20,000

SEREMBAN, 1 April - Adun Lenggeng Mustafa Salim, yang awal bulan ini disabitkan kesalahan menerima rasuah RM2,000, hari ini dihukum penjara tiga tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan juga mendenda Mustafa RM20,000.

Peguam pembela memohon agar mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan.

Pada 4 Mac lalu, Mustafa, 51, didapati bersalah atas dakwaan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah terhadap tuduhan menerima suspan itu daripada M. Manimaran sebagai balasan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Ketika itu, Amran berkata tertuduh didapati tidak melakukan sebarang langkah positif untuk tidak menerima wang yang diletakkan dalam sampul surat itu.

Mustafa, 51, Adun Barisan Nasional (BN), didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan itu di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini, pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa pernah dibebaskan dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada Manimaran melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 dari kontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma''amor di sini pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dalam dua pertuduhan tersebut, pihak pembelaan berjaya membuktikan bahwa wang yang diminta itu adalah bagi melaksanakan program bantuan Majlis Anak-Anak Yatim dan Warga Tua.

Pihak pembelaan meminta mahkamah menunda tarikh menjatuhkan hukuman dengan alasan anak tertuduh yang berstatus Orang Kurang Upaya mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui ayahnya akan dikenakan hukuman.TMI

3 comments:

Hamdan Rukun said...

LAMBANG KEBERSIHAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA. YANG BERSALAH TETAP BERSALAH. APA CERITA HUSAM MUSA YANG MEMBAYAR SYED AZIDI 4 JUTA UNTUK TUMBANGKAN PAK LAH?

MANA DAPAT DUIT SEBANYAK TU?

Anonymous said...

luncai apa cite, ada ka husam musa kena dakwa kena hukum mahkamah. jangan buat fitnah di sini.

yang adun umno ni bukan pas yang hukum tapi mahkamah. jangan dok pertahan umno sampai tak ingat dosa

JR ANTORNY said...

BOLEH BUAT RAYUAN SBB HAKIM TERSILAP DAH GUNAKAN UNDANG2 UTK PR ITU PASAL DIDAPATI BERSALAH... RAYUAN NANTI KITA GUNA UNDANG2 UTK UMNOAPCO TENTU TERLEPAS... ZUL KULIM PUN SETUJU..