Saturday, April 23, 2011

Bahana beri kenyataan kepada media putar belit

NONESetiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, lapor Harakahdaily.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Menurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

3 comments:

Hamdan Rukun said...

SEBENARNYA APA KENYATAAN PAS DAH JADI TAK PENTING. HAKIKATNYA PAS DAH JADI PARTI TAK BERDAYA..

Anonymous said...

mu la tak berdaya luncai , ramai ore kato mu nge ore pue mu kalah

joe penang said...

antara masalah pemimpin pr. Pantang ulur mic, nak komen je.
pikir la dulu. bab ni pas n pkr 2x5