Tuesday, April 5, 2011

Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Parit Buntar dapat ketua baru

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjycZpPBGnCHcsnOoWH57jbvTWKlqsHFuni0vrNlnpF210R1-BxU7jrUkeoJuCjmbsNRI-Ai2DtF1k2g7UqPxEiDPyNcbqPsl8HkkOpAq7TBSOcS5ytyi6PJKZUOvQIlnzqE_zZ0-SSU_Q/s320/pas3.jpgPARIT BUNTAR, 5 April : Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang telah bermesyuarat baru-baru ini telah melantik ketua serta jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013.

Bagi jawatan tertinggi, pemilihan ketua, timbalan ketua dan naib ketua telah dibuat secara syura di dalam majlis mesyuarat khas dewan masing-masing.


Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kini diterajui oleh Dr Muhyiddin Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Ketua. Timbalan Ketua disandang oleh Hairul Nizam Ishak yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan.

Manakala Syahrin Md Daud kekal sebagai Naib Ketua Pemuda. Untuk jawatan ahli jawatankuasa, lapan orang telah dipilih iaitu Abdul Halim Yahaya, Adnan Abdul Rahman, Fairus Ahmad, Asyraf Mohammad, Reduan Osman, Nazarudin Rashidi, Ahmad Amir Abdullah dan Abdul Malik Hisham.


Dewan Muslimat PAS Parit Buntar pula diketuai oleh Rahimah Osman (gambar) yang sebelum ini merupakan Naib Ketua. Timbalan Ketua adalah Rosnah Abu Bakar, manakala jawatan Naib Ketua disandang oleh Norijan Omar .

Lapan jawatankuasa yang dipilih adalah Athirah Ibrahim, Izan Aqilah Mohamad, Zabariah Mat Amin, Azizah Awang, Sumaiyah Ali, Salina Osman dan Hashimah Hashim.


Di dalam mesyuarat agung baru-baru ini, Ketua Muslimat yang baru Rahimah Osman, telah menyeru kepada semua jawatankuasa serta perwakilan agar terus istiqamah dalam perjuangan dan menuntut supaya jentera pilihanraya muslimat dapat diperkasakan bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.

Manakala Ketua Pemuda yang baru, Dr Muhyiddin di dalam ucapannya berharap seluruh ahli pemuda PAS di Parit Buntar dapat membina sahsiah yang baik serta menjaga perilaku supaya nama baik parti dapat terus dijaga.

Beliau juga mahukan organisasi pemuda di peringkat cawangan diperkuatkan dan bersiap siaga untuk bekerja untuk memenangi dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

2 comments:

Hamdan Rukun said...

INSYAALLAH, BARISAN BARU INI TAK AKAN MENJEJASKAN USAHA UMNO MERAMPAS SEMULA PARIT BUNTAR.

BANYAK JANJI MANIS HANGPA TAK TERTUNAI. RAKYAT AKAN BUAT PEMBETULAN PADA PRU 13..

Anonymous said...

tahan perut nak terkentot baca komen luncai.

nak rampas Parit Buntar.... prottttt.... dah terkentut.

mana luncai , sapa nak sedut kentut ni.