Monday, April 18, 2011

JAWI bakal dakwa Datuk 'T'

Shamsul Yakin JAWI Akan Dakwa' Datuk T'


KUALA LUMPUR 18 APRIL: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)Shamsul Iskandar hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memberi keterangan berhubung laporan qazaf yang difailkan sebelum ini terhadap tiga individu bergelar 'Datuk T' bersabit pendedahan video lucah kepada umum Mac lalu.

Shamsul dalam kenyataannya berkata, beliau yakin Jawi akan menyiasat individu yang terlibat dalam penayangan video lucah yang dijalankan di sebuah hotel ternama itu dan Mahkamah Syariah dapat mengemukakan kes pendakwaan.

Jawi turut akan memanggil Ketua AMK Wilayah, Rozan dan timbalannya Hamid sekitar minggu ini.

Shamsul akan hadir semula ke Jawi bagi menyambung keterangan pada 4 Mei nanti.

Siasatan ke atas Shamsul Iskandar itu dijalankan susulan laporan yang dibuatnya kepada JAWI pada awal bulan ini, berhubung dakwaan Qazaf berkenaan.

Laporan berkenaan dibuat mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 23 Mac lalu, tiga orang individu termasuk bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bahawa mereka merupakan trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya.

Dua lagi invidu terlibat ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

No comments: