Monday, April 4, 2011

"Najib terlibat, Kalau tak bagaimana mereka (Datuk T) dibebaskan" - Anwar

Anwar : Lawan Tetap Lawan


SIBU 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tersasar daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional di Sarawak dan "tidak peduli" dengan tindakan memuatkan video lucah fitnah ke laman Youtube untuk mengaibkan beliau.

"Sekarang, video itu telah diedarkan. Dan samada lelaki (dalam video) itu mirip saya atau tidak, saya tidak peduli. Ia bukan saya," kata beliau di Kampung Nangka, Sibu malam tadi.

Klip video hampir dua minit disensasikan oleh laman- laman blog pro- UMNO. Malah akhbar kawalan parti itu seperti Utusan Malaysia, dan New Straits Times menyiarkan gambar daripada klip berkenaan.

Klip itu disunting daripada rakaman asal lebih 20 minit sebelum dimuatkan di Youtube.

Beberapa wakil rakyat dan ahli keluarga Anwar sendiri yang menyaksikan klip itu dan rakaman asal menegaskan sosok tubuh pelaku dalam rakaman itu jauh berbeza dengan Anwar.

Video itu disunting daripada sudut kamera tertentu untuk mengelirukan orang ramai bahawa Anwarlah individu dalam rakaman itu.

Anwar sekali lagi menegaskan video lucah itu tidak lebih daripada taktik jijik UMNO untuk menjatuhkan beliau dan melemahkan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Beliau berkata sikap talam dua muka kerajaan dan pihak polis amat jelas apabila menangani kes- kes yang melibatkan pemimpin UMNO.

"Dimana Suruhanjaya Diraja masa Altantuya dibunuh ? Bagaimana kes rogol di Melaka ? Apa jadi dengan penyiasatan ?," soal Anwar.

Tiga "Datuk T" yang mendalangi video lucah berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik, bersama ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Rahim adalah musuh ketat Anwar selepas meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit tuduhan merogol gadis bawah umur dan dakwaan rasuah.

"Sekarang mereka mengedar video. Dan mereka yang menunjukkan video itu juga mempunyai moral yang hina," kata beliau.

Anwar menegaskan video lucah fitnah jelas mempunyai penglibatan Perdana Menteri Najib tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Anwar dan PKR sering dirujuk sebagai musuh paling utama UMNO, setelah parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum 2008.

"Najib terlibat. Kalau tak bagaimana mereka (Datuk T) dibebaskan. Penjenayah dengan terang melepaskan diri dengan ini.

"Mereka tak pedulikan kebenaran.....tetapi hanya mahu membuat fitnah," kata Anwar.

8 comments:

Hamdan Rukun said...

AKU TAK FIKIR NAJIB PERLUKAN SELAIN RAKYAT UNTUK JATUHKAN NUAR. RAKYAT SEDANG GHAIRAH TUNGGU PRU 13 UNTUK BETULKAN KESILAPAN PRU 12.

HANGPA TUNGGULAH TENGOK. PARIT BUNTAR PUN AKAN BERALIH ANGIN INSYAALLAH.

Anonymous said...

nak terkentut lagi baca komen luncai ni.

nak ambil parit buntar..... proottttttttt.... dah terkentut lagi.

luncai nak komen pun, biaq la rasional. Umno nak rampas parit buntar.....pr00TTTTTT ....terkentut lagi

Hamdan Rukun said...

ANON , HANG KENTUT BANYAK TU TANDA AWAL BUASIR. MAT SABU DULU KENA TANGKAP DENGAN NORMA PASAI HANTAQ UBAT BUASIRLAH. JANGAN HANG PULAK KENA TANGKAP NANTI...

Anonymous said...

SEBELUM PARIT BUNTAR JATUH KPD UMNOAPCO, LUNCAI MESTI KENA SANTAU OLEH BOMOH SANTAU PARIT BUNTAR..KULAAN SINI JGN MAIN2 LUNCAI TRY MAI TENGOK....

Anonymous said...

kentut banyak pun tak apa anon 6.41 sebab aku pun nak terkentut juga sebab luncai cakap nak rampas parit buntar.....preettttttt... la aku pun dah terkentut

tak apa luncai ada boleh sedut kentut

Hamdan Rukun said...

AMBOI!! SAMPAI WARNING BOMOH SANTAU. TU DIA ! BARU TAU, HANG MENGAJI TANG MANA NAK MAIN SIHIR PULAK NI?

HANG INGAT AKU ORANG MANA YANG HANG NAK GEMPAQ AKU?

Anonymous said...

hang pencacai UMNO penyedut kentut Ro$mah kebal dari santau tapi sasau

Anonymous said...

salam sabahat sekalian.
jangan la kita sesama melayu islam bergaduh je.. bg sy x kesah parti mana memerintah asalkan aman,bebas jenayah,xde peperangan,ekonomi tegap,pendapatan isi rumah meningkat 2 dah cukup alhamdullilah.. skng ekonomi kite sape yang kuasai?? melayu kita ke? sy tabik negeri kelantan hampir keseluruhan peniaga orang melayu.. kita bergaduh kt sini bangsa lain tengok dorang gelakkan kita.. sekadar renungan bersama...