Wednesday, May 4, 2011

Ambil duit warga emas cara tipu, serah duit warga emas pun nak tipu

Kerajaan Negeri Ragui Sumber Hasil Kutipan Wang Ehsan


GEORGETOWN 4 MEI : Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ehsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri itu kerana ia dipulangkan dengan cara yang tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.

No comments: