Monday, May 9, 2011

Ambil tindakan tegas terhadap blogger penghasut


http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/DSC_0036.jpg?t=1279627495

PARIT BUNTAR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa agar bertindakan tegas terhadap blogger blog 'BigDog' dan 'Marahku' sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan kementerian itu terhadap penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar hamdan Fadel Ahmad berkata dua blogger pro- UMNO berkenaan berniat jahat dan mahu mencemaskan rakyat dengan mendakwa terdapat usaha mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“ Tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memainkan isu yang diceduk daripada laman blog 'BigDog' dan 'Marahku' juga perlu diambil tindakan.

Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" hanya menceduk dakwaan daripada dua laman blog pro- UMNO, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kreadibiliti tertentu” katanya

Hamdan berkata, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien juga dangkal apabila menyifatkan Malaysia berada dalam keadaan bahaya hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia dan blogger pro-Umno bahawa ada pihak mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

“ Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam.

“ Tanpa mencela Utusan dan blogger terbabit, Hishamuddin sebaliknya menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya"” katanya

Hamdan turut menepis dakwaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja.

“Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen,” katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian.

Hamdan kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika.

No comments: