Wednesday, May 18, 2011

Kalau Anwar pelaku video seks dah lama polis dedahkan

Boleh percaya ka kenyataan polis ni - ''Jika dedah identiti, polis dituduh berpolitik''

Oleh: bumiperak

"Firasat akulah...

1.Sebenarnya pihak polis serba salah. Kalau kata Anwar memang sah polis bohong tapi kalau kata bukan Anwar, UMNO pula hilang modal nak burukan Anwar. Oleh itu, senyapkan saje sebab orang kampong bergantung maklumat TV3 dan Utusan terus dungu tak tahu. Itu kebenarannya PDRM nak cover? Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru.

2. Sebab PDRM kata mereka tidak terlibat dalam politik dan biar kes ini terus tanda-tanya. Jika polis dedahkan, pelaku dalam video seks tersebut, maka DSAI akan bersih namanya. Biarkan rakyat dalam teka teki sebelum PRU nanti. Jika tidak nanti, susah jugak nak cari modal fitnah baru utk PRU 13.

JOHOR BAHARU, 18 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik. Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif. Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Mengenai sesi pencambahan minda hari ini, beliau berkata, ia merupakan usaha kontinjen Polis Johor berbincang untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah. Katanya, tahun ini Polis Johor telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus kadar jenayah di kawasan-kawasan panas negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Polis Johor yang telah mewujudkan 25 pondok khas polis di kawasan panas sekitar Johor Baharu dan Iskandar Malaysia, merancang untuk menambah 25 lagi pondok khas bagi membanteras jenayah, kata beliau.

No comments: