Wednesday, May 11, 2011

"Pandi Kutty" tidur lena

Najib Tak Perlu "Melatah" Istilah Pandi Kutty

SHAH ALAM 11 MEI : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya bersikap lebih rasional dan profesional sebelum mempercayai mana-mana laporan media sebelum memberikan sebarang reaksi berhubung laporan yang dibuat.

Malah katanya sebagai seorang pemimpin nombor satu negara, Najib ujarnya patut membuat semakan dahulu sebelum memberikan sebarang komentar mengenai perkataan "pandy kutty" yang didakwa dilemparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Najib.

"Saya berasa kesal dengan tindakan Datuk Najib yang mengikut dan hanya menurut apa sahaja yang dilaporkan Utusan dan tidak bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang rasional, walaupun penjelasan telah diberikan tetapi masih terus menggunapakai laporan itu yang jelas bohong dan tersasar jauh daripada apa yang berlaku," kata Shamsul kepada Tv Selangor.

Ujar beliau, dalam situasi sebegini Najib seolah-olah bersetuju dan menyokong sepenuhnya laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia walaupun dalam rakaman penuh Tv Selangor pada ceramah Ketua Pembangkang itu menyaksikan Anwar tidak menggelarkan Najib dengan panggilan tersebut seperti yang dilaporkan oleh media kawalan Umno itu semalam.

"Beliau (Najib) tidak lagi menggunakan pendekatan menyaring maklumat dan sebagainya Perdana Menteri tetapi hanya menerima bulat-bulat terhadap apa yang dilaporkan Utusan.

"Sebenarnya tiada keperluan untuk pemimpin Umno-BN untuk menyemak sama ada perkara itu benar atau tidak, jika laporan itu dikeluarkan Utusan lantas terus bertindak untuk mempercayainya," tambahnya lagi.

Semalam Utusan Malaysia sekali lagi memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Najib dalam ceramahnya di Klang Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, rakaman Tv Selangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu kepada Najib sebaliknya terhadap taktik kotor politik untuk menjatuhkan beliau.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty","kata Anwar pada ceramah yang dimaksudkan oleh utusan.

Justeru ujar Shamsul, jelas sekali Utusan Malaysia sekali lagi menjadi alat mainan politik oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional apabila maklumat yang disiarkan hanyalah untuk kepentingan parti itu sendiri.

"Pendirian parti jelas dalam hal ini iaitu kita telah menyatakan pendirian bahawa ini merupakan fitnah yang dijalankan oleh Utusan Malaysia dan kita lihat Utusan menjadi mesin propaganda yang jelas telah digunakan sepenuhnya oleh BN,"katanya.

Najib dalam reaksinya semalam mengenai perkataan itu berkata, walaupun dilempar dengan kata-kata kesat,waktu tidur beliau tidak pernah terjejas.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," Najib dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

No comments: