Saturday, May 7, 2011

Pilihanraya Singapura : Keputusan penuh dan analisis

ANALISIS KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA UMUM SINGAPURA 2011


Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperoleh mandat baru untuk lima tahun lagi dengan majoriti besar daripada 87 kerusi dipertandingkan, tetapi mengalami kekalahan pertama kerusi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC).

PAP tewas GRC Aljunied, sekali gus menyumbangkan Parti Pekerja (WP) kerusi signifikan di Parlimen.


Kejayaan WP itu dilihat lebih signifikan kerana ia turut membabitkan kekalahan anggota Kabinet.

Singapura berhadapan dengan pilihan raya umum yang menyaksikan saingan di majoriti kerusi buat julung kali dalam sejarah republik itu.


Pada 2006, PAP memenangi 67 peratus undi dan 82 daripda 84 kerusi.


Kali ini undi diperoleh merosot kepada 60 peratus.


PAP memenangi enam kawasan pilihan raya keanggotaan tunggal (SMC) manakala WP menang di SMC Hougang.


Yaw Shin Leong dari WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang.


Kawasan SMC dimenangi PAP ialah Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North.



Sebanyak 82 kerusi menyaksikan pertandingan selepas baki dimenangi tanda saingan ketika hari penamaan calon bulan lalu.

Dengan kehilangan GRC Aljunied, bermakna Perdana Menteri Lee Hsien Loong perlu melantik Menteri Luar yang baru bagi menggantikan George Yeo.


Menteri Kewangan Kedua Lim Hwee Hua merupakan seorang lagi yang kalah kepada WP di GRC itu, lapor Reuters.


WP diketuai Setiausaha Agungnya Low Thia Khiang dan peguam korporat Chen Show Mao.


Kerajaan PAP memperkenalkan sistem GRC 1988 atas alasan mahu memastikan calon minoriti daripada kalangan Melayu dan India diwakili di Parlimen.


PAP tidak pernah hilang kerusi GRC sejak sistem itu diperkenalkan pada pilihan raya umum 1988.


Di bawah sistem semasa, Singapura mempunyai 15 GRC yang menawarkan empat hingga enam kerusi setiap kawasan dan 12 SMC. — Agensi

No comments: