Saturday, June 25, 2011

Buat la SEJUTA laporan polis pun, rakyat tahu semua tu UMNO, Himpunan BERSIH tetap diadakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJamL2WN-LI3ZGdpTsA8v_Y1Trk9SQHBybSXmghzbOvUpmt_nsXL4SImsg_YZZla5V2enJeRBZTKh3RfMqCUTg2hQjcc1Audj-_9h2ylyUUsgt59sJTk0ZIAjFb2GjylRZvkzY5x1VNX99/s400/bantah+bersih.jpg
Orang Temerloh kenal mereka dalam gambar, orang UMNO tapi datang dengan nama NGO . Macam la orang tak tau.........tak pa la boleh masuk paper, untung-untung masuk TV

Jika sejuta laporan polis dibuat pun , himpunan BERSIH tetap diadakan kerana kita tahu semua laporan itu dibelakangnya UMNO .

Macam - macam NGO baru diwujudkan hanya untuk buat laporan polis. Sekarang UMNO jadi pakar tubuh NGO kononnya wakili rakyat tapi sebenarnya wakili UMNO.

Sekarang sudah ada orang UMNO yang jadi pengerusi 10 NGO sekaligus kemudian buat laporan polis bantah BERSIH. Seronok dapat upah dan seronok dapat masuk surat khabar, untung-untung masuk TV.

Polis di balai-balai pun rasanya dah mula menyampah nak kena siapkan semua laporan yang lebih kurang sama sahaja bahasanya, cuma NGO je lain-lain.

Rasanya polis dah sediakan di semua balai berkotak-kotak kertas untuk ditulis laporan yang dibuat oleh barua UMNO atas nama NGO.

Tapi nak buat macam mana bapak-bapak polis suruh terima laporan , lebih banyak lebih gempaq, baru polis boleh cakap banyak laporan polis bermaksud rakyat seluruh negara bantah. Hakikatnya, UMNO yang dibelakang semua laporan polis.

Tak percaya ka , ada hubungan antara bapak polis dengan NGO ciptaan UMNO, baca di bawah ini :

BERSIH 2.0 : Lebih 1,000 laporan polis dibuat

Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.


Jumlah laporan berkenaan diterima sehingga petang semalam, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ipoh hari ini.


Program itu turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Khalid berkata terdapat beberapa kumpulan dikatakan sedang bersiap sedia berhimpun pada tarikh berkenaan.

Beliau menasihati kumpulan-kumpulan yang berlainan ideologi dan pandangan itu dinasihati membatalkan hasrat mereka demi keamanan negara.

Beliau berkata polis kini sedang menyiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.

Khalid berkata polis telah meminta penganjur daripada kumpulan-kumpulan berlainan itu datang ke Bukit Aman minggu depan untuk diambil keterangan dan maklumat.

"Jika mereka gagal hadir, polis akan mengeluarkan waran tangkap," katanya.

Sementara itu, sebanyak 101 laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Rapat di sini bagi membantah perhimpunan berkenaan.

Laporan yang dipercayai paling banyak dibuat secara serentak itu diketuai oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman.

Hamidah berkata laporan berkenaan dibuat oleh wakil daripada Wanita Umno Bahagian Gopeng serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

--Bernama

Ini Midah Sg. Rapat lagi hebat 101 laporan polis dibuat, agak-agaknya apa yang disumpah polis yang kena ambil laporan kat balai tu.

3 comments:

Anonymous said...

Alaa, ap bezanya dgn Bersih. Yg join tu pun kebanyakannya ahli politik PR jugakkan. Yg korang nak lawan dgn undang-undang tu ape ke hal. Undang-undang korang je ke yg boleh diterima pakai.

Anonymous said...

mengaku pun UMNO, kalau UMNO tak takut biaqpila orang PR nak berhimpun. UMNO dok sibuk kenapa? Takut

Anonymous said...

anon 22:42,hang tau undang2 ke tk tau.toksah dok ckp je,kita org undang2 le kita buat