Friday, June 24, 2011

Dokumentari bongkar pembohongan Datuk ' T '



PETALING JAYA 24 JUN: Keraguan mengenai pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaparkan sebuah dokumentari pendek menjelaskan secara terperinci video yang dipercayai direkayasa untuk menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video sepanjang 40 minit itu ditayangkan kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR selepas mahkamah tinggi pagi tadi menjatuhkan hukuman denda kepada ketiga-tiga individu yang mengaku bersalah menayangkan video lucah kepada umum pada 21 Mac lalu.

Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan dokumentari itu menjelaskan tujuan ianya dipaparkan adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat menilai dari aspek ketulenan fizikal pelaku.

"Saya menunggu masa yang sesuai. Tidak ada sebab untuk kita lawan di mahkamah. Saya sendiri bertanggungjawab (ke atas video) dan ini apa yang saya percaya.

"Saya tidak tuduh siapa-siapa tapi saya mahu beri peluang kepada masyarakat untuk lihat dan menilai," ujar beliau.

Dokumentari tersebut memaparkan Johari sebagai pengacara memberi penerangan mengenai bentuk tubuh badan pelaku yang amat berbeza dengan Anwar.

Ini termasuk pendedahan terbaru memperlihatkan individu dalam rakaman video tersebut memakai cermin mata walhal Anwar tidak.

Selain itu bentuk fizikal seperti perut, punggung, hidung, tali pinggang dan rambut yang digunting rapi ternyata amat bercanggah dengan susuk tubuh dan cara pemakaian Ketua Pembangkang.

Dalam dokumentari itu turut memuatkan sedutan video di mana Johari telah melawat ke negara Thailand untuk bertemu jurusolek profesional yang boleh mengubah rupa beliau mirip seniman P. Ramlee.

Ternyata hasil yang ditunjukkan kepada media memperlihatkan wajah beliau amat mirip dengan seniman agung itu dalam gambar hitam putih.

"Saya sampai ke Bangkok untuk ubah wajah saya. Jelas teknologi ini wujud," katanya lagi.

Johari kemudian memberitahu media bahawa beliau mengambil masa 34 hari untuk menyiapkan dokumentari itu termasuk menggunakan sumber kewangan sendiri dan bantuan pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu beliau berkata dokumentari tersebut akan dimuat naik di laman Youtube jam 4 petang ini dan menggesa rakyat untuk memuat turun dan meneliti perkara yang cuba disampaikan dalam video berkenaan.

Pagi tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Shuib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana didapati bersalah secara terbuka menayangkan video lucah kepada umum.

9 comments:

Anonymous said...

Betul, sokong !

Lepas ni buat pulak dokumentari

1. Penjelasan tentang wang Memali
yang berjuta tu.Buktikan bahawa
wang itu telah dibelanjakan untuk
waris Ibrahim Libya dan pengikut.

2. Penjelasan tentang wang yang
Husam Musa bagi Syed Azidi seba
nyak 4 juta.

Anonymous said...

jenis umporno suka fitnah, orang yang sama pulak tu mari komen finah tak da bukti. Pencacai UMPORNO tak adak kelas

Anonymous said...

Memang inilah strategi PAS. Kutip duit tak pernah rekod. Bertanya dikatakan batal ibadah.

Yang untung pemimpin. koman koman pun kereta 2/3 bijik. Bini 2/3 orang.

Dapat penyokong bodoh macam Anon 6:28 !

Anonymous said...

kah kah kah, pencacai umporno dah marah . sapa k percaya kat hang. tak dak bukti main tuduh semboroporno

Anonymous said...

HAH ! HAH! HAH!

NAK BUKTI LAGI. HUSAM DAH MENGAKU.WARIS MEMALI DAH TULIS BUKU ( NASIB BAIK TAK KENA BALUN DENGAN ASKAR UPAHAN MAT SABU )

RAKYAT SEMUA TAU . SEBAB TU PAS TAK PERNAH MENANG DALAM PRK KEBELAKANGAN NI. DI SARAWAK PAS HANYA BERJAYA MENANGKAN DAP !

Anonymous said...

dah tak dak idea umporno ni, pencacai dah jadi penjilat umporno. kalau salah dakwa la mahkamah, tuduh tak da bukti.

Anonymous said...

Anon :1658,

Giler babi punya lawak. Bila pulak korang iktiraf mahkamah ? Nuar Brahim dah sah balun amoi pun korang kata konspirasi. KAH ! KAH ! KAH !

Anonymous said...

mengaku pun pencacai umporno yang mahkamah tak adil. Sebab pencacai pun fitnah tak ingat dosa

1Crony said...

Mengapalah "zuriat babi" di atas itu terlalu bodoh sangat? Setelah ditindas, ditipu dan ditekan oleh UMCO (parti mat salleh bertopengkan Melayu), masih taksub dengan UMCO tu.... pelayar blog pulak tu... kalau pembaca tetap utusan atau berita TV3 ke tak apalah, kalau terlalu bodoh (boleh dimaafkan). Tolong cek kembali kalau-kalau makanan harian saudara ada kandungan enzim babi atau benda haram yang lain... tolonglah ya! Kerana kandungan tersebut akan membuatkan anda terlalu buta akan kebenaran. Moga-moga zuriat anda nanti tidak sebodoh dan sebanggang kepala otak anda. Insyaallah