Thursday, June 2, 2011

Hanya Melayu yang kurang bijak menyokong UMNO.

KUALA LUMPUR: Orang Melayu, terutama golongan kelas pertengahan sudah bijak berfikir untuk menolak Umno yang sarat dengan rasuah dan politik kotor, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas.

Beliau mengulas pendedahan pusat kajian antarabangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) yang melaporkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu pertengahan.

“Sekiranya laporan yang mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu terutamanya golongan pertengahan, saya rasa itu bukan satu perkara yang janggal, memandangkan rakyat sekarang berpengetahuan luas dan bijak berfikir,”


“Golongan pertengahan dan bandar khususnya, mempunyai pemikiran yang luas dan mendapat maklumat melalui pembacaan daripada media baru dari internet,”kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Kamarul berkata, kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap kaum Melayu menyebabkan orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Ia disebabkan amalan rasuah, ketirisan dan pembaziran yang dilakukan pimpinan mereka dengan tujuan mengkayakan segelintir kroni, sedangkan rakyat pula hidup susah.

Contoh lain, katanya, Umno tergamak melesapkan sebanyak RM52 bilion saham bumiputera sejak ia diperkenalkan pada 1980 an bertujuan untuk meningkatkan martabat ekonomi di kalangan Melayu.

Sementara amalan politik kotor seperti penyebaran video fitnah dan lucah untuk menjatuhkan lawan, yang dianjurkan Umno menjadikan orang Melayu bertambah meluat.

“Mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana Umno menganjurkan politik kotor yang tidak mencerminkan budaya orang Melayu sebab itu mereka sudah meluat dengan gelagat Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang.

“Paling mudah kita ambil contoh isu penyebaran video lucah yang sehingga kini, individu bertanggungjawab mengedar dan menayangkannya masih bebas. Tetapi penularan video lucah juga tetap tidak dikawal oleh kerajaan.

“Sebab ini juga orang Melayu mula berfikir bahawa kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, tetapi merosakkan lagi pemikiran rakyat dengan cerita lucah,” katanya.

Laporan terbaru EIU itu menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, berpunca amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu.

Menurut laporan itu lagi, kelompok ini dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.


http://www.keadilandaily.com/?p=14656

1 comment:

CIKGU KEMAS said...

EIU juga dikabarkan merujuk kepada melayu berjiwa hamba dan menteliti subsidi aje yg sokong umporno... tu pasal di negeri2 PR ahli umporno gelisah dan mengelabah kerana selama ini mereka bergantung ehsan dari pemimpin mrk utk perolihi projek2 negeri dan menafikan hak melayu yg bukan ahli... cthnya di Penang dan selangor...di melaka, johor dn N9 hya kontraktor umporno saje yg perolihi projek negeri apa lagi ali ketam. adnan dan ghani yg terkenal dgn sikap diskrimenasinya kpd penentang umporno.... mrk ini kalau bkn umporno perintah adelah khiamat kpd mrk....