Wednesday, June 1, 2011

Jika BN perintah Selangor, penduduk rumah panjang PJS1 Petaling Jaya boleh ucap ''Good Bye'' kepada rumah masing

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWJseRdx82eg4yaxQIKVs2fBrEkRi_7hvjqbKKTizcs6Wb0YWSaHXBD5L-eut1Orxmmv_lq9DctBdyBLOe8fmoFMaF5CChBrorrKXc5KTETfhuJUhxhi5QqcLMx3rvnApdFsnMsF-xnNpJ/s400/pix_gal0.jpgPETALING JAYA 31 MEI : Penduduk setinggan dikawasan PJS1, Petaling Jaya berjaya mendapat perintah mahkamah menghalang pemaju merobohkan rumah kediaman mereka untuk tujuan pembangunan, sehingga Jumaat ini.

Perintah mahkamah itu diperolehi selepas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Lateefa Koya memfailkan injuksi menghalang pemaju, Peter’s Brickworks Sdn Bhd, bertindak merobohkan rumah setinggan itu petang tadi.

Sebelum itu, kira- kira jam 11 pagi, berlaku kekecohan dikawasan setinggan itu lantaran pihak pemaju enggan akur pada arahan pembekuan kerja pembinaan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kekecohan itu semakin menjadi- jadi apabila Lateefa, peguam pemaju dan pegawai mahkamah, Nurul Asma Hairi bertikam lidah sehinggalah Nurul Asma bersetuju untuk pihaknya memberhentikan kerja perobohan jika pihak penduduk mendapatkan injuksi daripada mahkamah.

Justeru, Lateefa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendapatkan injuksi tersebut.

Keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk itu diumum Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan Subramanam kira-kira jam 4 petang.

Menurut Arutchelvan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan penduduk sama ada untuk tetap melakukan halangan perobohan Jumaat ini.

Proses memujuk pihak pemaju turut disertai Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean dan ADUN Taman Medan Haniza Mohamed Talha.

Masalah keluarga setinggan di kawasan PJS1 itu juga akan dibincang dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis ini.

Sebanyak 270 penduduk terbabit menuntut diberi hak mempunyai rumah tetap, bukannya terus tinggal dirumah transit sejak bertahun lalu.

Masalah setinggan ini wujud sejak kerajaan Barisan Nasional mentadbir Selangor.

Peneroka bandar di kawasan PJS1 telah ditempatkan di rumah panjang semenjak 2003 untuk memberi laluan kepada pembangunan atas tanah persendirian oleh Syarikat Peter’s Brickworks yang mana mereka juga telah dijanjikan rumah.

Projek berkenaan berdepan masalah dan tidak boleh diteruskan apabila penduduk sekitar tapak pembinaan memfailkan bantahan ke mahkamah.

Namun, baru-baru ini mahkamah telah membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek meskipun ada 3 keluarga setinggan yang enggan berpindah kerana masih lagi tidak memiliki rumah yang dijanjikan.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, masalah begini berlaku kerana polisi setinggan sifar oleh pentadbiran terdahulu telah gagal menyelesaikan masalah penempatan setinggan secara menyeluruh.

No comments: