Thursday, June 9, 2011

Kuasa di tangan, tembak ja la

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiN1Wndr4FMrsyWPXtPj59k2xVqlet1Tyef3kxyDLMeOaCV1Y9V1B4fdnN3B7qb0bZiVzXhgjZWDI9AztJ-1ttP2qAAHHjqQAvTfb4u0XOEPu2v6qxLXm4vxYXzjNguaAW3wCnRRGWJa9jb/s320/pix_middle.jpgPETALING JAYA 9 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Peguam hak asasi N. Surendran yang mewakili 'Lawyers For Liberty' hari ini mendesak pihak bertanggungjawab dalam kes remaja ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh.

N Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa terbabit jelas menunjukkan mereka mati ditembak dari jarak dekat.

Malah katanya, laporan itu juga bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan bahawa ketiga-tiga pemuda itu ditembak ketika cuba menyerang polis dengan menggunakan parang.

“Laporan bedah siasat ini bercanggah dengan apa yang dinyatakan pihak polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak dimana tembakan itu dilepaskan dari hadapan,” katanya.

“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat itu sudut peluru terbabit telah menembusi bahagian depan kepala mangsa iaitu dari jarak 45 darjah dan telah keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas didakwa menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Pihak polis sebelum ini turut mendakwa ketiga-tiga remaja berkenaan telah menyerbu anggatonya dengan bersenjatakan parang dan bagi mempertahankan diri mereka pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

“Ini menunjukkan mangsa sedang berlutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.

Menurut Surendran, laporan tersebut turut menunjukkan terdapat kesan lebam dan luka jelas seolah-olah mereka dibelasah dan ditangkap sebelum ditembak.

Dalam pada itu menurut seorang lagi peguam hak asasi Fadiah Nadwa Fikri, beliau turut mendesak Peguam Negara bertindak segera bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi dan seolah-olah menjadi kebiasaan untuk pegawai polis menjatuhkan hukuman sebelum mengenakan tindakan undang-undang.

"Pihak peguam dan keluarga menuntut peguam negara mendakwa pembunuh-pembunuh yang masih bebas di luar dan di badan kepolisan. Bukti telah menunjukkan mereka dibunuh kejam tanpa belas kasihan," tegas beliau.

"Kes kematian di Wales dan England akibat tindakan Polis pada 2008-2009 hanya 3 tapi di Malaysia ada 88 dan ia tidak disiasat dengan baik. Budaya tidak bertanggungjawab ini harus dihentikan," tambahnya lagi.

No comments: