Sunday, June 12, 2011

PAPA GOMO, PARPU KARI dan blogger UMNO tidak sistematik,tidak terperinci,selalu kalah


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO perlu mewujudkan “unit tempur siber” yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Katanya unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

“Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

“Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua UMNO bahagian itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua anggota UMNO memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka.

1 comment:

Anonymous said...

zaheed hang kasi papa gomol, perpu kari minum toddy cuba hang kasi baik ponya johny walker, black label, chivas regal baru panas berapi depa buat fitnah kaw..kaw ponya siap bolih ugut nak bunuh...kehh..kehh..keehh..hang kasi makan biawak hidup macam tulah zaheed macm hang juga kasi putaq.