Monday, June 20, 2011

Sembilan muka baru mantapkan PAS Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAFrP9IFApjRNmSKjPSDEaL1eOw11zVZcxMdGCPG4o-fW8cdkC7Nil564T-Zl9rf5wOnAvuW09L_OP9P54eaci9Mwhlhup9zemJn5TA8JfA16l5pVkLTx58hsDf2ZhEsoIPqXsJOUE7Yo/s320/DSCN4072.JPGIPOH – Pas Negeri menampilkan sembilan muka baru dalam jawatankuasanya yang baru dibentuk kelmarin selain mengekalkan 11 pemimpin sedia ada.

Antara muka-muka baru yang dilantik ialah Razman Zakaria yang dilantik menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 menggantikan Mustafa Shaari.

Setiausaha perhubungan pula dipegang Dr Muhaimin Sulam yang menggantikan Misbahul Munir yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 2.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Nuri Al-Amin menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Empat lagi muka baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa manakala seorang lagi dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Perhubungan 2 yang baru diwujudkan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dihubungi berkata, keputusan pelantikan itu dibuat mencerminkan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Menurutnya, gabungan golongan ulama dan profesional dilihat mampu memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih mantap.

“Jawatankuasa Pas Negeri yang baru ini merupakan salah satu tawaran Pas kepada rakyat di Perak untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Seandainya rakyat di Perak terus bersama PR, kita akan melakukan perubahan yang jauh lebih baik demi perkhidmatan untuk mereka,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, ADUN-ADUN Pas yang tidak dilantik menganggotai jawatankuasa kali ini mempunyai tugas lain di dalam Sekretariat Parlimen yang telah dibentuk.

Sementara itu, Misbahul Munir yang dihubungi berhubung jawatankuasa baru ini berkata, pembentukan jawatankuasa itu diputuskan di dalam mesyuarat perhubungan kelmarin dan bukan cadangan Pesuruhjaya semata-mata.

“Jawatankuasa Perhubungan yang baru ini merupakan ‘team’ bagi menghadapi pilihan raya dengan menampilkan beberapa muka baru.

“Dengan menampilkan muka-muka baru ini, kita yakin ada potensi untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, ahli-ahli baru dalam jawatankuasa itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, profesional dan sebagainya.SH

3 comments:

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

Anonymous said...

dah gilo mu tungkaran, copy paste benda sama

pasulukinta said...

tungkaran hati menyamar simpati pada PAS. itulah dia ajen UMNO,cara nasihat nya tidak bermoral apabila menyalahkan Nik Aziz pula