Tuesday, June 28, 2011

TERBARU : 1 JUTA bakal hadir Himpunan BERSIH 2.0


Dengan tajuk ’1 juta rakyat hadir Bersih’, akhbar Suara Keadilan edisi terbaru mengupas persiapan perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bakal diadakan 9 Julai.

Menariknya, Suara Keadilan, kali ini tampil dengan keunikan tersendiri apabila latar muka depan dan belakang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, turut diwarna kuning- sesuai dengan tema Bersih.

Ia memuatkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung himpunan tersebut, selain berita tentang komitmen puluhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tekad untuk menjayakannya. Antaranya, Majlis Peguam Malaysia melalui kenyataan Presidennya, Lim Chee Wee.

Selain itu akhbar ini turut melapor kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pengundi hantu ketika pilihan raya.

Turut dimuatkan temubual bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menegaskan bahawa kebebasan untuk berhimpun terkandung dalam perlembagaan negara.

Antara lain, Ambiga berkata pihaknya telah melakukan begitu banyak perbincangan dengan SPR supaya melaksana sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, tetapi menemui jalan buntu.

Beberapa rencana menarik turut mengupas perihal Bersih- menyentuh halangan dan ketakutan melampau kerajaan Umno-BN terhadap tuntutan reformasi pilihan raya itu.

Selain tumpuan isu bersih, Suara Keadilan juga menyajikan isu panas politik semasa sepanjang minggu lalu. Antaranya kos penyelengaraan Scorpene yang meningkat lapan kali ganda, menjadi RM417 juta.

Belanja itu dimohon kementerian berkenaan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan minggu lalu- yang memperuntuk sebanyak RM13 bilion untuk pelbagai kementerian.

Suara Keadilan turut menyiarkan perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara.

Turut didedahkan, perbelanjaan kediaman rasmi PM dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM49 juta setahun seperti yang didedahkan di parlimen.

Akhbar terbitan tidak berkala ini juga menyiarkan berita mengenai kes akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang ditutup peguam negara.

Dengan menyiarkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, beliau berkata usaha menutup kes itu bagi melindungi kepentingan pemimpin tertinggi negara ini.

Selain itu, turut dimuatkan penyelewengan wang zakat yang dilakukan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali untuk membiayai kos guaman peribadi.

Ia menyusul kenyataan oleh bekas Mufti Wilayah, Datuk Md Hashim Yahya yang menegaskan bahawa penyelewengan wang zakat adalah berdosa besar dan harus diambil tindakan tegas./SK

7 comments:

otaklunyai said...

hai lepas ni warna diraja kena tukar la gamaknya dek keboddohan amno laknat... dulu tukar warna petronas... bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut... melayuuuuu... melayu

Anonymous said...

OTAKLUNYAI,

HANG YANG CERDIK ? AMBIGA YANG ANTI ISLAM, PEJUANG MURTAD HANG SOKONG.
KALAU BENAR BERSIH ITU 'BAIK DAN BENAR' KENAPA NIK AZIZ TAK BERSAMA BERDEMO ?

Anonymous said...

pencacai umporno buat isu bodoh, tgna ada prg lawatan luar negara la bodoh

Hamdan Rukun said...

HAH ! HAH ! HAH !

ANON 15:36 SUDAH MARAH. 365 HARI SETAHUN. NGAPA NIK AZIZ MELAWAT MASA BERSIH 2 ? TAKUTLAH TU.

DAH HASUT ORANG, LARI..TINGGALKAN AMBIGA !

Anonymous said...

luncai porno dah mai, sapa yang takut. yang takut tu yang hanya berani belakang pungkoq polis. pemuda umporno dan perkasam

Hamdan Rukun said...

ANON 23:25,

HAH ! HAH! HAH !,

HANG NI KALAU PUN SAYANG NUAR BRAHIM TAK PAYAH TUNJUK SANGAT. ASYIK SEBUT BELAKANG PUNGKOQ TAK HABIS HABIS !

KA...HANG PUN SAMA JUGAK KOT ?

Anonymous said...

itu la tahap puak-puak Umporno , pengecut hanya berani jika di belakang polis. Sikit2 polis, sikit2 polis