Saturday, July 2, 2011

Bukan bacul macam pemimpin UMNO : Saya sanggup kena tahan: Mat Sabu

http://dupahang.files.wordpress.com/2011/02/mohdsabu.jpg?w=315&h=438KOTA BHARU - Jika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekalipun, pemimpin Pas tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, beliau dan pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit sebelum perhimpunan berlangsung, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

“Tak apalah kalau pihak berkuasa mahu menahan, mereka memang ada kuasa, inilah dinamakan perjuangan, inilah untuk masa depan negara.

“Pas akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, Pas tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden Pas dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

Mohamad berkata, polis tidak sepatutnya menutup pintu rundingan dengan penganjur Bersih 2.0.

“Sekarang ini kalangan penyokong Bersih 2.0 adalah kumpulan pencinta demokrasi dan jika pihak berkuasa mendakwa mereka menggunakan ISA, dunia akan jadi pelik. Kita tahu kerajaan ada kuasa untuk tahan.

“Ini pencinta demokrasi kalau dahulunya ISA dikenakan kepada militan yang menolak demokrasi dan ini sepatutnya tidak berlaku kerana apa yang berlaku (Bersih 2.0) adalah untuk menuntut keadilan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih,” katanya.SH

BERITA SEBENAR

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan akhbar Sinar Harian hari inNONEi bahawa beliau bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menyebut bahawa polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja.


"(Laporan) itu tidak betul. Saya sebut polis ada kuasa unutk menahan sesiapa sahaja. Adalah pelik orang yang cintakan demokrasi ditangkap bawah ISA.

"Saya tidak sebut sedia ditangkap ISA, seolah-olah mencabar polis untuk tangkap (saya) bawah ISA... Siapa mahu kena tangkap ISA," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Tegasnya lagi, beliau tidak mencabar polis untuk menahannya, termasuk pemimpin PAS.

Bagaimanapun, katanya, PAS menyokong tuntutan BERSIH pada perhimpunan 9 Julai ini di ibu negara.

Tambahnya, masyarakat dunia akan berasa pelik, orang yang mempertahankan demokrasi ditahan di bawah akta tersebut.

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa jika ditahan ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Mohamad dilapor berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan itu akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Laporan itu juga menyebut beliau berkata, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau dilapor berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar, di Jalan Kubur Maras, Kota Bharu.M/Kini

7 comments:

pakjol64 said...

MEMANG TAK SABAQ NAK PIII NICHHH

Anonymous said...

Rakyat pun sanggup ditahan, kita tengok berapa ramai yang polis nak tahan

Anonymous said...

Kalau Mat Sabu ditahan.... insyaAllah yang jumlah baki yang berganda yang tak berhajat nak pergi ke Kuala Lumpur buat masa ini ...akan menuju ke sana walau terpaksa bermotosikal.

Hamdan Rukun said...

MAT SABU MEMANG HARAP SANGAT KENA TAHAN.

1. DIA TAK MALU BILA BERSIH 2 TAK
CAPAI SEJUTA
2. DIA TAK MALU BILA TERPAKSA AKUR
PADA ARAHAN AMBIGA
3. DIA TAK MALU SEBAB TAK DAPAT
KAWAL PESERTA BERSIH YANG TAK
DAPAT KAWAL EMOSI

HE!HE!HE! ABANG MAT, ABANG MAT...

Anonymous said...

tak payah dok kentut di sini luncai bangsa melayu umporno pengecut

Anonymous said...

jom g bersih...semangat membara demi pilihanraya yg bersih&adil...

Anonymous said...

pilihanraya ditakrifkan bersih&adil kalau PR menang majoriti kerusi parlimen. Kalau tetap kalah tu pilihanraya tak bersih&adil. Erm.. begitu rupenye..