Saturday, July 9, 2011

Himpunan Patriot : Khairy, Reezal , Aziz memalukan pemuda UMNO


Gambar yang bakal menjatuhkan Khairy, Aziz dan Reezal

Apabila bercakap dengan orang UMNO berkenaan himpunan PATRIOT yang berlangsung pada 9 Julai, pastinya mereka tidak dapat menyembunyikan rasa malunya dengan himpunan yang hanya menarik paling tinggi 300 orang pemuda UMNO.

Lebih memalukan mereka apabila Khairy gagal menarik pemuda UMNO dari seluruh negara menghadapi himpunan Bersih. Khairy mungkin menyalahkan Reezal Merican yang nampak bersemangat semasa menyerang Pejabat PKR tetapi gagal kali ini.

Khairy mungkin mengharapkan media pro UMNO seperti Utusan dan TV3 menyelamatkan maruah himpunan itu dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa himpunan itu mendapat sambutan.

Khairy juga mengharapkan Najib memberi pujian kepada Patriot kerana akan mampu menyangkal pandangan bahawa polis tidak bertindak adil terhadap Bersih kerana pemuda UMNO juga ada yang ditangkap termasuk beliau sendiri.

Namun , Khairy tidak sedar bahawa rakyat termasuk orang UMNO sendiri tidak lagi terikat dengan media massa pro UMNO. Melalui Facebook dan Youtube , rakyat dan orang UMNO sendiri dapat melihat bagaimana himpunan Patriot berlaku.

Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat perbezaan ketara jumlah peserta himpunan Patriot dan Bersih. Bukan kecil tapi beribu-ribu kali ganda.

Sudah ada tulisan blogger UMNO yang menghentam Khairy , Reezal dan Aziz yang dikatakan gagal serta memalukan UMNO.

Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat betapa terdesaknya tanpa perancangan yang rapi pemuda UMNO mengedarkan secara percuma baju merah Patriot.

Ada dikalangan pemimpin pemuda UMNO jelas terpancar dalam video merayu orang ramai yang menyaksikan himpunan mengambil baju free itu dan memakainya.


Lebih memalukan bukan sahaja pemuda UMNO malah blogger UMNO ialah terdapatnya gambar baju itu diberikan kepada Mat Bangla yang siap bergambar kegembiraan mendapat baju free. Kemana pemuda UMNO, di mana pemuda bermotorsikal yang berarak ke pejabat PKR?

Adakah pemuda-pemuda bermotor ini diupah semasa berarak ke pejabat PKR? Bila kali tiada upah maka mereka tidak datang. Adakah pemuda UMNO seluruh negara hanya akan datang jika mendapat upah? Jelas , Khairy gagal menerapkan semangat berjuang untuk parti secara sukarela kepada pemuda UMNO.

Pemuda UMNO nampaknya gagal menyaingi pemuda PAS,PKR dan DAP yang turun tanpa upah, guna belanja sendiri, sanggup dibelasah FRU, ditahan polis .

Himpunan Patriot juga menampakkan kejahilan pemuda UMNO berhadapan dengan FRU. Terdapat video yang menunjukkan dengan jelas pemuda UMNO sengaja merempuh FRU walaupun bilangan FRU lebih ramai dari peserta Patriot.

Akibat rempuhan keras itulah , polis FRU bertindakbalas dengan menangkap mereka sehingga lari pemuda UMNO lintang pukang dan tak datang-datang lagi. Hanya beberapa orang sahaja yang berhimpun semula.

Sekiranya pemuda UMNO tidak merempuh, pasti tidak ada tangkapan dibuat. Berbeza dengan peserta himpunan Bersih yang tidak pun merempuh polis walaupun bilangan mereka ramai dari FRU , sebaliknya polis yang menyembur pancutan air dan menembak gas pemedih mata .

Walaupun Khairy, Aziz dan Reezal ditangkap namun setakat ini masih belum kata-kata pujian kepada mereka. Yang ada adalah cemuhan akibat kegagalan menarik pemuda UMNO seluruh negara menghadiri himpunan Patriot.

Cemuhan juga kerana himpunan Patriot yang sepatutnya menjadi pembakar semangat pemuda UMNO telah terjadi sebaliknya dengan memaparkan lemahnya pemuda UMNO yang hanya cakap berdegar-degar di hadapan wartawan media massa pro UMNO. Hakikatnya , gagal di medan sebenar.

Khairy, Reezal, Aziz boleh bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemuda UMNO. Pastinya , rasa tidak puas hati dan malu ini tidak dapat ditutup lagi.

Blogger UMNO yang dulunya begitu megah memaparkan hebatnya Patriot, hari ini malu hendak memaparkan gambar dan video himpunan Patriot.


Jika , ada pun gambar jarak dekat yang tidak menampakkan keseluruhan peserta Patriot. Tapi, selama mana hendak menipu, kerana gambar dan video himpunan patriot sudah tersebar di merata facebook dan blog penyokong PR.

No comments: