Wednesday, July 27, 2011

PANAS! Dalam diam-diam Muhyiddin berusaha untuk jadi PM?

WarkahDaily – Wah!, makin rancak nampaknya warna politik Malaysia sekarang ini. Dalam diam-diam, ada pihak tertentu cuba untuk berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil meletakkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengganti.


Tinjauan WarkahDaily Online hari ini ke satu ‘page’ Facebook yang memulakan kempen ‘Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ dilihat cuba bersaing dengan ‘page’ yang bertajuk ‘3,000,000 People Want Najib To Stay’, iaitu kumpulan yang menyokong Najib sebagai PM.

Ada penyokong Muhyiddin dalam laman berkenaan yang cuba menggambarkan Muhyiddin sebagai calon PM yang tepat. Ada yang cuba membandingkan isteri PM semenjak 53 tahun dahulu yang tidak menutup aurat.

“Isteri bakal Perdana Menteri Malaysia (Muhyiddin) (seorang yang menutup aurat).

“Tak mahukah anda isteri PM kita (Muhyiddin) seorang yang bertudung!.

“Berapa lama mau tunggu daa...53 tahun dah berlalu...”, kempen seorang pengikut laman sokong Muhyiddin sebagai PM.

Walaupun pada awalnya dilihat kumpulan yang membina ‘page’ menyokong Najib ini cuba menandingi kumpulan rakyat yang mendesak Najib meletak jawatan di laman ‘100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ yang disukai (disokong) ratusan ribu pengguna Facebook (rakyat Malaysia).

Tetapi kini, wujud satu lagi kumpulan yang cuba menjadi pendesak kepada Najib yang mungkin sudah tidak yakin dengan reputasinya sebagai Perdana Menteri kerana banyak terpalit dengan skandal yang menyelubunginya dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Apa yang panasnya, mereka ini mungkin dari dalaman Umno-BN yang cuba membuat kempen menukar Najib dengan Muhyiddin sebagai PM.

Berdasarkan laman yang menyokong Muhyiddin itu, 328 orang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan ianya hampir sama ramai pengguna Facebook yang menyokong Najib setakat 27 Julai jam 2.30 petang.

Sebelum ini penulis WarkahDaily Online ada melaporkan Najib telah dimalukan rakyat Malaysia apabila hanya 363 sahaja pengguna Facebook yang menyokong Najib sebagai PM, tetapi 210,669 orang pula yang mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Baca laporan di sini.

Sekarang, Najib bukan sahaja berhadapan dengan tekanan daripada Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedudukannya sebagai PM, namun kini ianya sudah berubah apabila ada kumpulan tertentu dalaman Umno-BN yang cuba menjatuhkan beliau sebagai PM dan cuba menaikkan timbalannya sebagai pengganti.

Berdasarkan laman yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, dilihat akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dan Kelab Penyokong Umno menjadi penyokong kuat kempen berkenaan.

Apa yang dapat dinilai oleh penulis WarkahDaily Online, mungkin berita karut, lucah dan fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia selama ini adalah satu usaha secara diam untuk menjatuhkan Najib sebagai PM.

Sengaja atau tidak, Utusan dilihat banyak membuat liputan menyerang Pakatan Rakyat secara ‘brutal’ dan banyak berita fitnah, lucah dan provok telah menjadi ‘makanan rutin’ Utusan Malaysia.

Ini semua mungkin sebagai satu helah untuk memburuk-burukkan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri. Mungkin mereka ini mahu menggambarkan akhbar berkenaan menjadi semakin ‘brutal’ dan jahat ketika zaman Najib memerintah.

Dengan kata lain, ini adalah usaha untuk rakyat membenci cara Najib menjadi PM akibat laporan tidak bermoral akhbar berkenaan dan tidak disukai masyarakat. Dalam masa yang sama, sudah tentu Najib akan menerima tempias dan kesannya kerana Najib adalah ‘arkiteknya’ (bos).

No comments: