Friday, August 26, 2011

130 fakir miskin DUN Kuala Kurau terima sumbangan

PARIT BUNTAR, 26 Ogos: Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat ADUN Kuala Kurau telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan peringkat DUN Kuala Kurau di Markas Keadilan Kuala Kurau, Batu 14.

Seramai 130 orang fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengarah program Abdul Bahrain Desa.

Semasa berucap dalam majlis berkenaan, Dr. Mujahid memberitahu usaha membantu fakir miskin di Parit Buntar menjadi tanggungjawab PAS dan wakil rakyat.

“ Penyumbang dalam bulan Ramadhan berlumba-lumba menghulurkan sumbangan dan kami melalui Jawatankuasa Dana Infaq Ramadhan yang kami tubuhkan bagi membantu sampaikan hajat mereka”

“ Saya berasa terharu dengan simpati kawan- kawan dan mereka yang memahami situasi kami” katanya

Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim berkata sumbangan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan ini adalah program tahunan PAS Parit Buntar.

“ Majlis ini diadakan bukan semasa PAS menang sahaja, semasa PAS tiada wakil rakyat pun majlis sumbangan sebegini sudah diadakan setiap tahun” katanya

Sementara itu, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari mengucapkan terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana berkerjasama dengan Pejabat ADUN Kuala Kurau mengadakan majlis sumbangan ini.



Dr. Mujahid sedang memberi ucapan





Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan

No comments: