Friday, August 19, 2011

Bagaimana UMNO mengeksploitasikan operasi JAIS di Gereja Methodist Damansara ?


Ada pihak yang menuduh bahawa UMNO merupakan pihak yang merancang serbuan terhadap sebuah Gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini dan PM, Datuk Seri Najib menafikannya dengan menyatakan ianya sebagai tuduhan yang tidak logik kerana JAIS bukanlah berada dibawah kuasa pemerintahan mereka. Baca penafian PM di sini.


Memang secara logiknya tak ada hubungan formal antara JAIS dengan UMNO. Hubungan yang ada adalah hubungan Exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama dengan JAIS. Itu semua orang tahu dan Exco tersebut memang terkenal dengan keperihatinannya terhadap isu-isu agama terhadap orang Melayu terutamanya muda mudi walaupun sejak dia belum aktif dalam politik pembangkang lagi.

Jadi apa yang UMNO buat hanyalah mengambil kesempatan daripada segala situasi yang ada bagi kelebihannya pihaknya untuk menyerang kerajaan negeri yang merupakan saingannya.

Adat bersaing yang bijak adalah dengan menyerang titik lemah lawan kita dan bagi ikatan Pakatan Rakyat titik kelemahan yang paling ketara adalah perkara-perkara yang menyentuh isu-isu keagamaan terutamanya antara DAP dengan PAS. Kelemahan ini merupakan ruang longgar yang boleh digunakan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Kenapa Umno begitu kehadapan dalam mengumpul segala maklumat dan bukti-bukti dalam serbuan tersebut adalah kerana hubungan para pegawai JAIS dengan mereka sudah bertapak lama berpuluh-puluh tahun dan Umno sedar sejak lama dahulu bahawa masalah orang Melayu Murtad memang benar dan wujud sudah lama sejak mereka memerintah.

Walaupun telah didedahkan berkali-kali termasuklah oleh Mufti Perak para pemimpin kita sering menafikannya bulat-bulat dengan berbagai alasan seperti tak ada buktilah, fakta andaianlah dan bermacam-macam alasan lagi. Ini tentu ada kaitan dengan takut orang marah pada UMNO jika didedahkan. Jadi untuk mengambil jalan selamat mereka lebih selesa pejam mata.

Peluang untuk meraih keuntungan tiba apabila pihak Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Selangor. Inilah masanya yang amat sesuai untuk melaksanakan tugas mereka membenteras gejala Murtad di kalangan orang Melayu dan sekali gus menyebabkan parti-parti di kalangan PR menjadi serba salah terutamanya PAS yang kalau ditelan mati emak dibuang mati ayah.

Dengan apa yang berlaku itu UMNO berjaya melaksanakan kerja mereka secara serampang dua mata iaitu menjadi pihak yang dilihat memperjuangkan Islam dalam perlembagaan negara dan sekali gus tertawa melihat pakatan rakyat kepanasan dan serba salah.

Apa yang menjadi persoalannya adalah manakah yang datang dahulu samada niat memperjuangkan Islam atau menjadikan isu Murtad sebagai senjata politik mereka meraih sokongan terhadap golongan Melayu atas pagar. Kita semua boleh menilainya sendiri.warta subhi

No comments: