Saturday, August 20, 2011

Inilah wanita yang difitnah Blogger UMNO ada skandal dengan Guan Eng

Inilah wanita yang difitnah bersama Lim Guan Eng oleh blogger
pencacai Umno-APCO

Selepas serangan demi serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak berjaya, termasuk khianat terhadap ibu pejabat DAP negeri di Jalan Talipon, blogger Umno-APCO mula memasuki fasa baru.

Seperti yang diketahui, blogger Umno-APCO ini semuanya makan gaji dengan memfitnah tanpa bukti termasuklah Papa Gomo aka Pope Gomo atas isu serbuan gereja di Selangor.


Dan Guan Eng dfitnah dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukan isterinya, Betty Chew di sebuah premis di Pulau Mutiara itu.


Sejauh mana kesahihannya, masih belum dapat dipastikan, akan tetapi isu ini nampaknya sengaja dikaitkan dengan tujuan memburuk-burukkan reputasinya sebagai ketua menteri.


Juga dipercayai kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke negeri itu atas jemputan Guan Eng dieksploitasi seolah-olah kes khalwat fitnah terhadap Mat Sabu mahu pula dipalit kepada Guan Eng.


Inilah malaon jijik belaan Umno-APCO yang sememangnya hanya memfitnah tanpa bukti kukuh dan berasas.


JALAN PULANG



AKHIR-AKHIR ini blog pro-kerajaan riuh rendah memperkatakan tentang skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng.


Beliau dikatakan sering dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukannya isterinya.


Sumber-sumber menyatakan yang para blogger ini telah pun mempunyai bukti tetapi hanya akan ‘meletupkan’ isu ini pada Pilihanraya Umum yang akan datang.


Soalnya, adakah Lim Guan Eng perlu gentar dengan pendedahan ini?


Apakah Pakatan Rakyat akan terjejas dengan isu ini?


Jawapannya tidak.


Ini kerana rakyat tahu bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik pekertinya dari pemimpin BN.


Malah, kalaupun ianya benar, isu peribadi tidak harus dijadikan alasan untuk menilai kepimpinan sesiapa jua.


Lihat saja bagaimana BN memainkan isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, tetapi sehingga kini tidak berjaya meyakinkan rakyat.


Begitu juga dengan skandal-skandal lain contohnya, kisah khalwat Mat Sabu yang akhirnya diketepikan begitu saja oleh rakyat.


BN seharusnya belajar dari pengalaman bahawa kisah-kisah skandal seperti ini tidak akan menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat.


Lagipun, adakah mereka mempunyai 4 saksi untuk menuduh perkara sedemikian terhadap Lim Guan Eng?


Atau adakah ada video yang boleh dijadikan bukti jika mereka mendakwa perkara ini benar?


Jika ada, adakah video tersebut jelas sepertimana video Chua Soi Lek?


Kita percaya blogger-blogger BN ini tidak punya satu apa bukti pun untuk terus memainkan isu ini kerana ia hanyalah sekadar serangan rambang dalam perang psikologi untuk melemahkan pembangkang yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.


Jika BN meneruskan dengan pendedahan palsu ini, mereka sebenarnya hanya akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dilihat tidak habis-habis bergantung hidup atas isu seks dan maksiat.


Oleh: Jonathan Ong

4 comments:

Anonymous said...

nak bukti vdo pulak,kalu ada vdo korang kata vdo tu x boleh jd saksi sb besi.lepas tu korang beralasan pulak perut buncit,kenapa tengok perut,kenapa x tengok pada muka.....

ish3....bodoh

tokawe

kengkoben said...

Ko yg bodoh ko x sedar.. dibodoh2kan..tokawe..tokawe...ish..ish

Agroo said...

Dalm soal ni, lau org politk yg cakp, gue lnsung x caya.. Buang masa, Pembohong neraka jahnam. buang masa.

Anonymous said...

salah ker bergambar bersama?ini bukan isu,tapi mmg takda isu....tak der isu lagi ker nak di mainkan?...??????????kepa otak umno ni ingat sex aje ker??????